Monday, October 26, 2009

Pengalaman & Kenangan Abadi

Sepanjang program rekreasi luar, pelbagai aktiviti telah aku lakukan. Aku juga mengetahui asas-asas dan konsep rekreasi. Aku juga mengetahui kepentingan dan faedah-faedah yang aku dan semua individu boleh perolehi. Aktiviti rekreasi luar mempunyai berbagai jenis tempat yang boleh dilakukan iaitu di hutan, taman, gunung dan bukit, sungai dan tasik, pantai, laut dan pulau, dan gua. Aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti camping, mendaki gunung, memancing, berenang, rope course, abseiling, flying fox dan macam – macam lagi. Aku juga belajar teknik ikatan tali, jenis-jenis ikatan. Antara jenis ikatan yang penting ialah reef knot, bowline, clove hitch, figure of eight dan fishermen knot. Aku juga terlibat dengan program cam craft di Pulau Kapas. Sebelum program ke Pulau Kapas aku ada sesi pengenalan tentang camping, peralatan-peralatan yang perlu, pemilihan tempat dan penyusunan tempat camping. Aku membuat persiapan dari awal lagi sebelum aku pergi ke Pulau Kapas. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti semasa di Pulau Kapas nanti. Segala Persiapan diatur dengan teliti dan terancang untuk memastikan perjalanan program akan baik serta lancar. Seorang ketua telah dilantik dan yang bertanggungjawab untuk memastikan perjalanan program seperti yang telah dirancang. Alhamdulillah semua baik dan lancar sepanjang kami di Pulau Kapas. Banyak pengalaman yang kami perolehi dan boleh dijadikan panduan di masa depan. Aktiviti berkayak, sangat menarik buatku dan teman-teman. Aku belajar asas dan sejarahnya terlebih dahulu. Aku diperkenalkan dengan jenis-jenis kayak dan segala peralatan yang digunakan semasa aktiviti ini. Keselamatan pun kami utamakan dan pelajari dalam section ini. Kami juga ada water confident dan teknik berenang apabila berlaku kecemasan di tengah laut sebelum menjalankan aktiviti kayak di kolam renang UiTM, Shah Alam. Setelah itu, kami adakan latihan di Tasik Shah Alam. Kami dilatih sekiranya berlaku capsize drill di tengah laut nanti. Aktiviti orienteering, aku belajar asas orienteering, sejarahnya dan diperkenalkan kepada peralatan-peralatan nya. Antara peralatan yang diperlukan ialah Map orienteering, Compas orienteering, Control flag, Punches, Control card, Control description, Whistle dan red pen. Aku juga diajar tentang jenis-jenis acara orienteering iaitu Line Orienteering, Cross-country orienteering, Score orienteering, Relay orienteering, Street orienteering dan mountain orienteering. Setiap jenis ada cara dan undang-undang yang tersendiri, kenalah ikut apa yang telah ditetapkan. Aktiviti orienteering kami jalankan di Bukit Cerakah, Shah Alam. Masa tu peluang kami untuk berpusing-pusing mengelilingi kawasan yang boleh tahan juga tempat untuk berekreasi. Aku juga belajar macamana nak menjalankan aktiviti `trekking`. Segala persiapan perlu ada, sama dengan orienteering iaitu Map dan kompas adalah peralatan utama dalam aktiviti ini. Pakaian hendaklah bersesuaian untuk mengelakkan daripada ketidak selesaan semasa aktiviti dijalankan. Survival juga telah kami lalui semasa di Pulau Kapas. Semuanya dapat diharungi dengan lancar. Semua aktiviti dapat kami lakukan dengan penuh kesabaran dan meningkatkan tahap keyakinan kami dalam melakukan apa pun juga aktiviti. Kami dapat banyak pengalaman yang tidak akan kami lupakan, samada yang manis mahupun yang pahit. Semua itu adalah asam garam kehidupan. Apa yang kami tahu semua pengalaman dan kenangan itu dapat kami gunakan di masa akan datang bila kami menjalankan aktiviti yang sama. Terima kasih semuanya.... Tanpa bantuan anda, saya tidak akan sampai ke tahap seperti hari ini.... berani dan yakin.....

Aktiviti Yang Mencabar

Sepanjang semester ini, kami melakukan pelbagai aktiviti yang mencabar keberanian. Kami melakukannya dengan penuh yakin, walaupun sebelum memulakan aktiviti kami ada perasaan berdebar yang amat sangat. Kami juga tidak pernah mengalah atau mengundurkan diri walaupun takut dengan aktiviti yang telah dirancang sepanjang program outdoor recreation. Kami sangat bertuah dapat pelbagai teknik pada setiap aktiviti yang kami jalankan. Asas utama dan konsep sebenar dipelajari dalam proses mengenali setiap aktiviti yang diperkenalkan. Kami wajib mencuba setiap aktiviti yang dijalankan. Setiap kali kami melakukan aktiviti, kami telah mendapat bantuan daripada budak-budak degree dan tenaga-tenaga pengajar yang profesional. Ia memudahkan kami untuk melakukan semua aktiviti tanpa ada sebarang halangan....cuma debaran setiap orang je yang menjadi penghalang untuk melakukan yang terbaik untuk diri setiap individu. Semua nya ditempuhi juga berkat tunjuk ajar dan sokongan daripada semua pihak yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Aktiviti yang paling menguji keyakinan dan keberanian kami ialah abseilling.... tingkat 11.... tak dapat dibayangkan apa yang akan berlaku kalau terjatuh.... tapi, kami tahu semua aktiviti yang dijalankan ada keselamatan masing-masing.... Semua persiapan dibuat dengan teliti dan diperiksa terlebih dahulu oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan semua aktiviti yang kami lakukan...tanpa anda semua kami tidak akan mencapai ke tahap keyakinan sekarang. Sebelum ini takut bila mendengar aktiviti yang mencabar keyakinan diri, sekarang kalau dengar je nama aktiviti yang menarik terasa nak join sekali pulak.... Best dalam semester ini, banyak aktiviti yang telah aku lakukan yang aku tak pernah sangka akan kulakukan dengan jayanya sehingga aktiviti terakhir dalam semester ini......

Siap fizikal

Semasa aktiviti orienteering di Bukit Cerakah, aku dapat satu pengajaran yang tidak akan dapat aku lupakan. Aku dan rakan-rakan berlumba-lumba mengejar check point dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ada yang berjalan sahaja..... ada juga yang berlari....... Oleh kerana stamina masing-masing kurang, ada juga yang pancit.... Kaki macam bawa batu..... Nasihatku sebelum melakukan aktiviti orienteering, kita buatlah persiapan kecergasan diri yang mana amat berguna semasa aktiviti ini. Bukan untuk berlari, tetapi untuk memudahkan kita bergerak dengan pantas dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pergerakan yang pantas memudahkan kita untuk mencapai apa yang kita kehendaki. Aktiviti ini mengukur masa yang mana akan menjadi penentu untuk kita sampai ke check point akhir yang kita tidak jangka berada di mana.... Samaada di bukit, di puncak atau sebaliknya. Kita dinilai mengikut masa dan ketepatan setiap kawasan yang kita punched pada setiap check point mengikut kod sebenar. Pada awalnya nampak bukan macam pertandingan, tetapi bila sudah ada semangat dan keseronokan semasa aktiviti dijalankan, maka timbul rasa persaingan di antara pelajar. Mula berlumba-lumba untuk sampai dahulu ke garisan penamat. Kekuatan fizikal sangat penting dalam aktiviti ini. Kuatkanlah stamina anda semua sebelum berjuang untuk melakukan aktiviti ini.... Cabaran pasti lebih seronok bila kita bersedia dari segi fizikal dan mental untuk melakukan aktiviti ini......

Kerjasama Pelajar

Sepanjang aktiviti rekreasi luar yang dijalankan dalam semester ini, aku dapat melihat apa yang jarang aku lihat sepanjang aku bertugas dalam pasukan. Aku dapat melihat kerjasama yang sangat ketara di antara pelajar yang ada. Pergaulan yang sangat berbeza diantara pelajar luar kampus (dewasa) dengan full time degree (remaja) dalam menjayakan program yang dianjurkan. Orang-orang dewasa lebih kepada pergerakan yang biasa berbanding dengan budak-budak remaja yang pantas melakukan kerja-kerja dan tenaga lebih sikit. Disini kita dapat menggambarkan bahawa kerjasama adalah factor yang terpenting dalam melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan. Apabila kerjasama ada sesama peserta, maka semua perkara akan dapat dilaksanakan dengan mudah dan pantas. Tanggungjawab diberikan kepada setiap individu untuk menjaga kawan-kawan yang ada, sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini sepanjang program ini berjalan. Ini adalah untuk mengalakkan peserta (pelajar) meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap sesiapa pun juga tidak kira apa yang berlaku tetap akan sama-sama mengharunginya. Sekiranya tidak ada kerjasama, maka semua kerja akan terbengkalai dan melambatkan atau melembabkan proses persiapan aktiviti yang dijalankan. Sekiranya bersatu hati, maka setiap apa yang dirancang akan pasti berjalan dengan baik dan Berjaya. Dalam program ini setiap pelajar memberikan reaksi yang sangat memberangsangkan, dimana mereka menunjukkan tindakbalas yang positif dalam apa juga yang dilakukan sepanjang program ini. Pelajar remaja banyak membantu pelajar dewasa dalam apa juga aktiviti yang dijalankan. Tetapi ada juga beberapa aktiviti memerlukan kemahiran pelajar dewasa yang mana akan lebih memudahkan dan melancarkan perjalanan aktiviti sepanjang program. Dalam erti kata lain, kami saling memerlukan antara satu sama lain. Kepentingan kerjasama dalam program Pulau kapas amat ketara di kalangan pelajar. Setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan pantas dan tidak ada pengasingan pelajar remaja dan dewasa. Tugasan yang diberi sama, dan tiada keistimewaan pada sesiapapun dalam program ini. Tugasan terlaksana dengan adanya kerjasama....... Tidak ada perkauman dalam tempoh program dijalankan....alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan lancar dengan adanya bantuan tenaga pengajar yang berpengalaman membimbing semua pelajar dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Kemahiran Memasak

Aktiviti rekreasi luar boleh menjadikan seseorang itu menjadi seseorang yang berkebolehan. Apa yang dapat aku lihat sepanjang program ini setiap individu itu mempunyai kebolehan masing-masing dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Ada yang bakat terpendam dan ada yang mengeluarkan teknik-teknik yang tidak pernah dipraktikkan. Setiap individu mempunyai kemahiran yang tidak disangka-sangka. Pelbagai teknik dan cara yang digunakan dalam menjalani aktiviti yang dianjurkan. Semasa program dijalankan, kami terpaksa menyediakan makanan dan minuman untuk semua tenaga pengajar, fasilitator dan peserta. Kami tidak pernah melakukan aktiviti memasak untuk peserta yang ramai. Selama ini pun kalau ada majlis disediakan oleh catering. Tempah saja sudah sedia. Lain ceritanya di Pulau Kapas kami terpaksa memasak makanan apa yang ada mengikut menu yang telah ditetapkan. Nasib baiklah ramai di kalangan kami sudah biasa memasak untuk ramai orang. Kami berkerjasama dalam menyediakan makanan untuk semua. Waktu yang ada kami singkatkan tidak kira lelaki atau wanita sama-sama duduk dalam dapur bantu-membantu menyediakan menu mengikut jenis masakan untuk sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang, dan makan malam. Kerja-kerja memasak lebih cepat dan mudah dengan kerjasama semua orang dimana apa yang sukar dilalui bersama. Aku dapat melihat kerjasama yang sangat erat di antara satu sama lain. Walaupun penat, masih boleh bergurau senda menyediakan makanan apa yang ada. Bila selesai memasak, makanan dihidang dalam dulang yang dikongsi seramai 7 orang. Makanan yang dimasak dicampur sekali dalam dulang yang dikongsikan bersama 7 peserta sepanjang program ini dijalankan. Masakan yang ringkas tetapi bila makan berebut-rebut terasa keenakkannya lebih terasa. Dalam program ini kita dapat merasa makan setalam bersama-sama dengan rakan-rakan kita . Pengajaran yang kita dapat ialah jangan membazir makanan. Makan apa yang ada, walau sedikit dikongsi bersama-sama. Sedap atau tidak itu tidak perlu dipertikaikan dalam kehidupan harian kita. Ingatlah orang-orang yang tidak cukup makanan berebut-rebut memerlukan bantuan makanan daripada insan yang berlebihan........

Pantun oh pantun

Aktiviti orienteeting atau pencarian harta...... lebih kurang begitulah bunyinya. Aku dan rakan sepasukan di berikan sekeping kad yang berisi pantun yang pelukan jawapan yang kami akan cari menggunakan akal fikiran dan kompas yang telah dibekalkan oleh penganjur. Aku dan rakan sepasukan tidak masalah sekiranya hanya mencari apa yang tertulis dalam kad, tetapi bila bab berpantun sambil bermuzik...... apalagi `out` ...... Masuk ke laut semuanya.... Tetapi dengan semangat yang ada kami pun bersatu dan mencuba menjawab pantun yang dijual kepada kami dan mencari siapkah gerangan tenaga pengajar yang dimaksudkan dalam pantun yang dijual kepada kami dalam aktiviti ini. Bila dia mula menyanyi yang berbunyi ``Hai Lemak Manis Ala Amboi-Amboi, Santan Kelapa Ala Amboi-Amboi...................` apa lagi mula le mereka pantun balas beserta jawapannya.... Dalam banyak-banyak perkara yang sukar ini lah sesi paling lama kami duk mencari siapakah gerangan jejaka idaman yang sungguh pendiam dalam cara berpantun...... Beberapa kali mencuba, kami rasa macam nak mengalah tetapi tetap kuatkan semangat untuk meneruskan perjuangan kerana sudah sampai ke akhir sesi pencarian....... Apalagi..... berpantun...... cuba dan terus mencuba ....... sehinggalah kami Berjaya berjumpa dengan jejaka idaman Malaya rupanya..... Moralnya disini, kita patut kenal mengenal antara satu sama lain, walaupun kita tidak pernah atau biasa bergaul dengan seseorang itu....... Setelah hampir setengah jam kami asyik berpantun salah...... kami Berjaya akhirnya dan cuba menyelesaikan teka-teki yang diberikan...... Alhamdulillah, kami Berjaya mendapatkan apa yang telah ditanam mengikut bearing yang telah diberikan. Dalam aktiviti ini aku belajar erti bersabar dan apa-apa hal mestilah berkerjasama antara sesama kumpulan, bukannya membawa diri sendiri. Janganlah kita mengikut kata hati, tetapi perbincangan amat penting dalam kerja berkumpulan. Aku dapat kategorikan aktiviti ini sebagai satu aktiviti kerjasama kumpulan yang sangat efektif supaya kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan kumpulan kerja. Kerjasama membawa kejayaan yang besar dalam sesebuah atau satu kumpulan itu........

Pengalaman dan Pengajaran

Dalam program rekreasi luar semasa di Pulau Kapas, salah satu aktiviti yang membuatkan aku tersedar daripada beberapa perkara yang tidak pernah aku terfikir setelah lama aku bertugas sebagai anggota PDRM ialah aktiviti ikhtiar hidup. Aku dan tiga rakanku yang lain diberi hanya sebotol air mineral dan satu bekas kecil bekalan makanan yang hanya cukup untuk sekali makan sahaja. Aku dan kawan-kawan berbunyi juga pada awalnya, tetapi bila difikirkan semula apa yang mereka buat adalah untuk kami belajar erti hidup yang sebenar. Aku tak menyangka kami akan menjalankan aktiviti yang sebegini rupa. Bila tiba masanya, aku dan rakan-rakan di hantar ke satu tempat dimana kami diminta untuk membina khemah tempat berteduh daripada apapun yang bakal kami hadapi semasa berada di dalam hutan. Tiba sahaja di kawasan perkhemahan, kami mula membahagikan tugas masing-masing menyediakan apa yang sepatutnya kami ada sebelum malam menjelma. Kami membina khemah yang sederhana untuk kami berlindung daripada hujan dan panas dan benda asing atau binatang daripada atas pokok. Kami juga mengumpulkan kayu api dan menyalakan unggun api untuk persiapan malam hari . Kami mengumpul seberapa banyak kayu api yang kami mampu untuk bekalan sepanjang malam. Kami berehat beralaskan daun-daun lebar yang boleh menampung untuk kami tidur dan berehat selama kami berada dalam hutan itu. Kami berjimat cermat minum air, memasak pun gunakan air yang cukup-cukup je. Macam hari darurat le pulak. Kami rasa tertekan pada awal nya kerana bukan tidak cukup makanan tetapi sebab tidak cukup air nak minum. Kami menguatkan semangat dan bersatu hati bersama-sama memberi sokongan kepada rakan-rakan supaya bertahan dan akan mengharungi rintangan yang sedang kami lalui. Aku dan Ati bergilir-gilir dengan Mala dan hadi. Kami dapat merapatkan lagi silaturrahim antara kami kerana pada masa itu, kami berbual dari awal zaman persekolahan dan sehingga kami bekerjaya...... Masing-masing ada kenangan yang pahit dan manis dalam kehidupan. Ada yang terlalu sedih sehingga aku sendiri tidak dapat menahan air mataku daripada menitis..... Ada juga perkara yang melucukan membuat kami tergelak besar dalam hutan itu. Aku juga mempunyai pengalaman yang sangat sukar untuk kuluahkan pada mulanya.... tetapi kerana aku rasa tidak adil sekiranya aku tidak berkongsi cerita dengan rakan-rakan lain... Aku pun meluahkan isi perut kehidupan ku dari kecil hinggalah sekarang..... Kerjasama amat penting dalam aktiviti ikhtiar hidup. Ini adalah kerana kami akan mengharungi segala dugaan yang mendatang bersama-sama....... Tidak akan meninggalkan rakan-rakan pasukan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Aktiviti ini juga telah mengingatkan aku bahawa tidak selamanya kita akan hidup cukup makan dan pakai dalam dunia ini. Aku juga memahami erti persahabatan sebenar dalam aktiviti ini. Aku dapat mengenali rakan sepasukan ku dengan lebih rapat lagi. Belajar berjimat cermat dalam apa pun juga yang kita lakukan dalam kehidupan seharian jangan ada pembaziran........ Ingatlah orang-orang yang tidak cukup segalanya........

Rekreasi Luar

Dalam semester ini, aku belajar banyak perkara mengenai aktiviti rekreasi luar yang boleh kuaplikasikan kat luar. Pada awal semester aku membayangkan betapa sukarnya aktiviti-aktiviti yang bakal aku jalani untuk melengkapkan aktiviti yang wajib aku lakukan untuk mendapat marakah daripada 70% yang telah ditetapkan. Terpulang pada aku sendiri samada aku nak penuh kea tau sekadar melepas batuk ditanggan saja. Tetapi mengikut apa yang telah aku ketahui, dalam subjek ini aku akan dapat banyak pengalaman yang sangat berguna untuk diri di masa akan dating. Aku dapat mempelajari asas-asas rekreasi yang boleh aku digunakan di masa depan. Aku diprkenalkan dengan konsep asas rekreasi luar, antaranya ialah camping, mountain biking, memancing, berenang, rope course, abseiling / repalling. Aktiviti rekreasi luar boleh dilakukan dimana – mana pun juga antaraanya, hutan, taman, gunung dan bukit, sungai dan tasik, laut dan pulau, gua dan banyak lagi. Aku juga diberi maksud rekreasi luar mengikut pendapat cerdik pandai yang telah membuat kajian mengenai rekreasi luar. Kebayakan aktiviti rekreasi luar dilakukan adalah untuk pengalaman individu atau kumpulan bergantung kepada tujuan masing – masing dan interaksi antara satu dengan yang lain. Aktiviti rekreasi luar adalah perkara yang paling menyenangkan, dimana setiap individu bakal memperoleh pengalaman yang indah selepas melakukan aktiviti yang telah dirancang dan akan menjadi kenangan yang boleh dikongsikan bersama-sama dengan individu lain. Pelbagai jenis aktiviti yang boleh dilakukan oleh setiap individu, antaranya tracking aktiviti, social aktiviti, artistic aktiviti, survival replay dan banyak lagi. Dalam aktiviti rekreasi luar, kita dapat mengeratkan lagi hubungan di antara individu yang telah lama kenal mahupun yang baru dikenali. Dalam masa yang sama dapat mempelajari pelbagai teknik atau dapat belajar bagaimana hidup bekerjasama dengan orang lain dalam mencapai apa yang telah ditetapkan dalam sesuatu aktiviti yang dianjurkan. Apapun yang dilakukan, setiap individu bakal mendapat pengalaman yang bakal mereka simpan dalam kenangan yang abadi dan boleh dikongsikan bersama dengan rakan-rakan yang lain. Pengalaman yang sangat indah dan pengajaran yang telah diterima, maka dapat diaplikasikan untuk diri sendiri dalam kehidupan harian. Walauapapun yang dilakukan, ianya akan memberikan kesan yang sangat mendalam dan mekar dalam ingatan sampai bila-bila tak kira di mana juga kita berada dan akan menjadi panduan untuk aktiviti yang bakal kita jalankan di suatu masa nanti. Sekiranya diberi peluang untuk berkumpul dengan keluarga mahupun kawan-kawan, anjurkanlah satu aktiviti yang lebih memberikan kesan yang mendalam yang boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara sesame kita.......

Hari Flying Fox

24/10/2009 @ jam 0830 pagi.....Hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan untuk semua pelajar PLK/PDRM dimana kami akan melakukan aktiviti Flying Fox. Aku telah membuat persediaan diri semasa diumumkan untuk melakukan aktiviti ini lagi. Aku dan rakan-rakan seawal pagi dah sampai di kawasan bukit belakang kolam renang UiTM Shah Alam. Aku dan rakan-rakan memanjat bukit yang boleh tahan juga tingginya..... semput juga nak sampai ke atas...... maklumlah jelah stamina dah kurang. Kami membuat persiapan awal , mengikat tali dari pokok atas ke seberang di bahagian bawah untuk mendarat. Disamping itu juga, tidak lupa untuk menyediakan peralatan untuk digunakan untuk setiap individu iaitu harness, helmet, sarung tangan, sling, dan carabiner. Semua peserta dikehendaki memakai peralatan untuk keselamatan sebelum menjalankan aktiviti. Setelah selesai memasang tali dan keselamatan terjamin, kami berkumpul untuk taklimat keselamatan supaya tdak ada yang tersilap semasa melakukan aktiviti nanti. Kami memulakan aktiviti dengan doa selamat yang diketuai oleh en Harun. Setelah itu, kami pun memulakan aktiviti dengan dimulakan oleh budak degree untuk buat demo. Setelah selamat kami pun memulakan seorang demi seorang untuk melakukan aktiviti. Aku memerhatikan rakan-rakan yang memulakan aktiviti flying fox, aku mula berdebar rasa takut pun ada... tetapi bila melihat rakan-rakan seperti seronok je bila telah selesai melakukan aktiviti tersebut, aku mula bersemangat dan rasa tak sabar untuk tiba ke giliranku. Bila tiba giliranku, aku dibantu oleh budak degree untuk memastikan keselamatan sebelum aku melakukannya.... Bila sudah dipastikan selamat, aku pun minta izin untuk turun daripada rakan di seberang yang sedang menunggu untuk membantu aku kat sana nanti. Bila mereka kata ok je, aku pun dengan perlahan-lahan mengatur langkah dan seterusnya berlepas ke seberang dengan menggunakan teknik `L` yang telah diajar oleh Cik Hisyam sebelum aktiviti dijalankan. Aku Berjaya melepasi halangan ini, Alhamdulillah selamat. Aku rasa seronok gila bila dapat melepasi ujian ini dan macam nak naik lagi pulak. Tetapi masa tidak mengizinkan aku kerana kami sudah lewat selepas ni ada kelas bersama Cik Ali. Setelah selesai, aku dan rakan-rakan menyusun semula peralatan yang telah digunakan dan memastikan semuanya telah cukup. Setelah itu, kami memasukkan ke dalam bekas untuk dibawa balik ke stor. Setelah selesai, kami ada taklimat sekali lagi bersama Cik Hisyam. Taklimat penutup untuk aktiviti Flying Fox pada hari ini. Setelah itu pun kami bersurai. Aku sangat seronok dengan aktiviti ini. Bila aku kenang kembali aku dapat merasakan betapa seronoknya sekiranya aku dapat melakukannya sekali lagi bersama – sama rakan-rakan semua..... Kepada yang belum mencuba, cubalah aktiviti flying fox pasti akan memberikan kepuasan yang tidak akan merugikan anda semua........

Sunday, October 25, 2009

Flying Fox

Selepas sesi low rope course, kami dimaklumkan bahawa ada satu aktiviti akhir yang akan kami lakukan iaitu `Flying Fox` yang akan dijalankan di kawasan yang sama 24/10/2000 @ jam 0830 pagi. Aku dan rakan-rakan mula membincangkan perkara yang perlu kami buat semasa aktiviti itu nanti. Apa yang kami sedia maklum, kami akan dibantu oleh budak-budak degree pada hari tersebut. Aku dan rakan-rakan mula membayangkan apa akan terjadi dan macamana keadaan kami apabila melakukan aktiviti itu nanti. Aku rasa gementar pun ada... bukan penakut, cuma tak pernah melakukan aktiviti Flying Fox sebelum ini. Aku pernah tengok tetapi macam best pulak... tak tahulah apa akan berlaku pada aku dan kawan-kawan. Selepas pengumuman aktiviti Flying Fox, aku mula ada perasaan tidak selesa dalam apa pun yang aku lakukan. Tidur pun tidak lena, asyik menghitung hari menanti hari yang ditetapkan tiba. Aku seperti rakan-rakan yang lain juga, tidak sabar untuk melepasi aktiviti yang boleh dikatakan mencabar juga pada kami selain daripada aktiviti - aktiviti yang telah kami lakukan sebelum ini. Aku tak sabar nak melepasi hari yang dinanti-nanti... Perasaan gementar dalam diri, pasti ada dalam setiap individu. walau gagah macamana sekalipun, perasaan hanya akan diselindung dengan sikap luaran yang ditunjukkan... Walhal, sama je dengan yang lain-lain, gementar kerana tidak pernah melakukan aktiviti sepanjang zaman bekerja. Aku hanya pernah melihat orang lain melakukan aktiviti ini melalui television , aku tak dapat membayangkan betapa orang-orang tu berani melakukan aktiviti tersebut. Walaumanapun aku akan melakukan aktiviti ini dengan penuh keyakinan.... masa nilah aku nak buat semua aktiviti yang menguji keberanian ku... Aku dapat melakukan aktiviti yang sesungguhnya aku sendiri tidak menyangka akan melakukannya... Aku berjaya melakukan semua aktiviti dengan berbekalkan ilmu dan meyakinkan diri dalam menempuh segala yang mendatang...... harus ketempuhi dengan penuh minat dan sabar....

Friday, October 23, 2009

Triangle Bandage

Aku belajar cara nak menggunakan bandage untuk kecederaan yang tertentu dalam keadaan yang juga tak menentu. Aku belajar menggunakan Triangular Bandage dan apa-apa jenis kain yang boleh digunakan sebagai alat bantuan kecemasan. Triangular bandage digunakan untuk menyokong atau membantu tangan yang patah cedera atau lain-lain kecederaan untuk mengurangkan kesakitan dan memudahkan dibawa ke hospital. Triangular bandage diikat dengan menggunakan ikatan jenis Reef Knot supaya mudah dibuka. Selain daripada mengggunakan yang dah sedia ada, kain lain pun boleh digunakan dan teknik pun sama tidak ada yang berubah. Aku dapat ilmu yang sangat berguna untuk dijadikan panduan di masa depan. Aku pula mungkin dapat memperturunkan ilmu ini kepada adik-adik atau kawan-kawanku yang lain kerana teknik ini berguna pada bila-bila masa yang kita tidak menyangka akan berlaku perkara yang tidak diingini. Segala teknik yang kupelajari di Pulau Kapas dan dalam sesi pembelajaran semasa kuliah Outdoor Recreation amatlah berguna untuk semua peringkat umur tak kira dimana juga kita berada. Penggunaan bandage dan tekniknya bukan sahaja berguna untuk pelajar-pelajar tetapi untuk semua peringkat lebih-lebih lagi kepada mereka yang bertugas di luar yang berisiko keselamatan atau boleh ditimpa kecederaan... Apa-apa pun keselamatan perlu dijaga dan pencegahan daripada berlaku pun mesti lah diambil juga......

Outdoor First Aid

Aku pernah belajar tentang kegunaan first aid di zaman persekolahan dan semasa di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. Kedua-dua cara pembelajaran adalah berbaza. Juga dalam semester ini aku belajar lagi First Aid, dimana aku diperkenalkan lebih detail mengenai kegunaan setiap ubat-ubatan dan peralatan yang ada. Setiap kegunaan adalah berkait dengan kecederaan mangsa. Aku dapat ilmu yang sangat berguna buat aku walau dimana aku berada dan dalam pelbagai keadaan yang sukar kita jangkakan. Dalam semester ini aku belajar tujuan First Aid sebenar. Antaranya adalah untuk mengelakkan kecederaan mangsa bertambah teruk, mengurangkan kesakitan, mencegah jangkitan kuman dan banyak lagi. FIRST AID mempunyai makna yang tersendiri(F-First, I-Informed to, R-Render(provide), S-Simple / Safe, T-Treatment to, A-Avoid, I-Immediate, D-Death / Danger). Setiap orang yang menjadi First Aider bertanggungjawab mengawal keadaan semasa rawatan kecemasan, memastikan pesakit yang perlu rawatan lanjut segera dibawa ke Hospital,dan banyak lagi tanggunjawab yang perlu ada. Sebelum apa-apa berlaku peralatan dan ubatan yang perlu atau wajib ada hendaklah lengkap dalam Kotak First Aid. Setiap ubatan hendaklah diketahui kegunaan nya terlebih dahulu sebelum diberikan kepada mangsa. Kita mesti tahu apa yang berlaku kepada mangsa dan keadaan sebenar mangsa untuk diberitahu kepada doktor apabila memerlukan rawatan lanjut. Banyak perkara yang aku pelajari dalam sesi First Aid ni. Aku pun ada membawa First Aid kit kat dalam kereta dan satu kotak kat rumah untuk persediaan awal sekiranya berlaku kecederaan... Barulah aku tahu sebenarnya First Aid penting ada bersama kita apabila kita melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan kecederaan dan sebagainya. Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan segalanya.....

Abseiling atau Rappelling

Apa yang pelajari di Pulau Kapas tidak berapa nak nampak sangat kerana kami tak pernah pun buat aktiviti tersebut. Tetapi apa yang aku pelajari kedua - dua perkataan ``Abseiling atau Rappelling`` adalah mempunyai maksud yang sama... Perbuatan yang sama dan menggunakan peralatan yang sama. Aku memang mudah takut dalam bab - bab yang melibatkan keselamatan yang aku tak berapa nak yakin..... Tapi bila aku telah mendalami dan diajar cara dan teknik sebenar, aku rasa macam tak berapa nak puas kerana aktiviti ini sangat seronok dan membuat aku release tension... Aku belajar cara menggunakan segala peralatan untuk aktiviti ini. Dalam masa yang sama aku dapat mempelajari perkara baru mengenai kegunaan peralatan yang ada dan keistimewaan nya yang tersendiri. Penjagaannya, aku ingat macam biasa je... lepas guna, masuk bag dah... Rupanya aku dan rakan-rakan kena berhati-hati dengan keselamatan peralatan tersebut.... harganya dah le boleh tahan, cara penyimpanan pun boleh tahan juga. Walau apapun aku dapat pelajaran baru..... cara penjagaan yang betul dan langkah-langkah keselamatan semasa memegang atau menggunakan peralatan tersebut. Aku tak sangka setiap peralatan tersebut mempunyai nilai yang sangat berharga yang tidak pernah aku terfikir sebelum ini. Setelah aku melakukan aktiviti ini, baru aku sedar betapa pentingnya keselamatan peralatan abseiling sebelum kita melakukannya....Peralatan selamat barulah terjamin keselamatan kita melakukan aktiviti.... Seronok giler.... Sebelum ni tengok Pasukan Unit Tindak Cepat dan Smart Team je yang buat, sekarang aku pun dah buat..... Best....!!!!!!

Rindu Nak Berkayak

Selepas kami balik daripada Pulau Kapas, tak pernah lagi kami berkayak beramai-ramai. Rindu rasa nak buat aktiviti macam sebelumnya. Tapi aku tahu semua itu hanya jadi kenangan manis untuk aku dan rakan-rakan kerana kami tak akan ada masa untuk bersama - sama melakukan aktiviti ini di luar. Aku rasa rindu sangat nak berkayak, maklumlah bila dah pernah berkayak, bila tengok je orang menjalankan aktiviti kayak rasa nak ikut pulak. Bila berkayak aku merasa keseronokan yang amat, dimana aku dapat belajar erti kerjasama dalam pasukan, aku dapat melihat keindahan alam sekitar dan aku dapat manfaat yang terlalu bernilai yang mana aku tak dapat menilainya dengan harta benda... Aku tak pernah merasakan keindahan berkayak membuatkan aku terlalu teruja apabila melakukan aktiviti tersebut. Walaupun semasa di Pulau Kapas, aku terasa penat tetapi bila timbul rasa seronok dan minat aku tak pernah teringat pun perkara lain.. cuma yang aku fikirkan aku nak menjalani aktiviti kayak dengan yang terbaik. Dimana aku akan jadikan kenangan yang terindah yang tak mungkin akan kulupakan sampai bila-bila... Aku rasa tak puas je berkayak di Pulau Kapas.... Agaknya minat dah ada semangat berkayak tu lain le pulak...hehehe!!!!! Aku berharap aku akan dapat menjalani aktiviti berkayak bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain di masa depan... Insyaallah.......kalau berkesempatan dan umur panjang......

Hutan oh Hutan

Sehingga ke hari ini, aku masih teringat kat hutan di Pulau Kapas. Aku rasa banyak kenangan manis dan pahit yang aku tak akan lupakan sampai bila-bila. Aku tak pernah terfikir bahawa kami akan di letakkan di dalam hutan dengan bekalan yang tak berapa nak cukup dan kelengkapan yang ada tak berapa nak ada. Aku teringat bila aku dan kawan-kawan terpaksa membina mahligai tempat berteduh menggunakan tikar dan tali akar kayu yang ada dalam hutan. Beralaskan dedaunan yang bersaiz lebar bolehlah menampung kami duduk, tidur dan berehat.... Selama dalam hutan, banyak perkara yang terfikir dan teringat kerana keadaan aku dan rakan-rakan yang sangat daif pada masa tu. Fuh!!!! Aku tak sangka dengan adanya kerjasama antara satu sama lain dan semangat kumpulan dapat menambahkan lagi keyakinan dan kekuatan diri untuk terus bertahan dalam apa keadaan sekalipun. Walaupun terpaksa berlapar dan dahaga yang teramat sangat. Aku dan rakan- rakan berbual dan meluahkan perasaan masing-masing. bercerita tentang masa silam yang tak pernah ku terfikir akan menjadi perbualan kami dalam hutan tersebut. Apapun aku rasa bila kami berbual sedemikian adalah cara yang boleh merapatkan lagi hubungan kami satu kumpulan. Dimana boleh menambahkan lagi semangat sepasukan yang sudah sedia ada. Sanggup mengharungi apa jua yang berlaku.... Bersama menghadapi segala rintangan atau halangan dengan penuh tabah dan sentiasa memberi semangat antara satu sama lain. Walaupun berbeza negeri dan adt kami boleh bersatu bersama menempuh apa yang mendatang...

Budak Belajar Tenggelam

Pada awal pembelajaran Outdoor Recreation aku dan kawan-kawan telah menjalani latihan water confident di Kolam Renang UiTM Shah Alam. Ramai di kalangan kami sudah lama tidak berenang, lama tak jumpa kolam renang dan ada juga yang tak pandai berenang. Dalam masa yang sama ada juga yang fobia jumpa air.... hehehe!!!! Pantang jumpa... mesti nak terjun..... Walaupun suatu ketika dulu aku pernah dan tahu teknik berenang, tetapi aku dah lama tak jumpa kolam renang dan apatah lagi nak berenang.... jauh sekali... Bila ada je aktiviti ni aku jadi rasa takut pun ada, risau pun ada.... maklumlah takut tenggelam dalam kolam tu tak timbul-timbul... aku dan rakan - rakan dibekalkan pakaian keselamatan yang dikenali sebagai PFD (Personal Flotation Device) yang bakal membantu kami untuk terapung dalam air kolam. Aku pada awalnya tak guna PFD, tetapi bila takde rasa keyakinan diri... aku pun menggunakannya..... aku pun rasa confident bila mengunakan PFD walaupun aku rasa malu kerana pada masa yang sama ada beberapa orang budak-budak kecil yang belajar berenang dalam kolam tersebut. Tapi apa aku nak kisah ..... dia bukannya tau pun aku tak pandai berenang... Aku belajar teknik pernafasan dalam air dan cara untuk berenang.... Aku dan rakan-rakan beratur di tebing kolam renang dan memulakan aktiviti.. Aku juga cuba untuk meyakinkan diri untuk berenang tanpa bantuan PFD, tetapi aku gagal pada hari itu untuk menimbulkan keyakinanku.... Tapi aku nekad mesti berani untuk latihan yang seterusnya kelak.. Aku juga diajar cara nak menyelamatkan rakan yang lemas atau hanyut menggunakan tali dan teknik balingan ke arah mangsa. Hari ini aku telah belajar beberapa perkara yang dah lama aku tinggalkan semenjak alam latihan sebelum bekerja sebagai anggota PDRM.... Aku bersyukur kerana aku dapat belajar semula dan sedar kepentingan keyakinan diri dalam apa juga yang kita lakukan mesti ada untuk kejayaan yang lebih cemerlang....

Thursday, October 22, 2009

Low Rope Course

Pada 10 Oktober 2009, pada hari yang sama semasa ujian tali..... Aku dan rakan-rakan kemudiannya membuat halangan menggunakan tali dan teknik ikatan sebenar. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan, dan digabungkan dengan budak-budak PJJ...... Aku dan kumpulan ku telah membuat ikatan `Backward Tension Traverse`, `Postman Walk`, `Criss Cross` dan kami telah bersama-sama untuk membina ikatan tali untuk mendapat ikatan yang kuat dan kukuh atau selamat untuk digunakan semasa aktiviti tersebut. Dalam aktiviti ini aku dapat melihat semua peserta membuat kerja masing-masing dengan tekun dan saling bekerjasama antara satu dengan yang lain..... Tak lupa juga ada yang memberi pendapat masing-masing mengenai teknik ikatan pada pokok yang mudah dan sesuai untuk digunakan semasa aktiviti..... Aku bersama dengan rakan-rakan yang lain berusaha menyudahkan tugasan kami dalam jangka masa yang singkat dan aku dapat melihat persefahaman antara kami dapat digambarkan sebagai satu ikatan keluarga yang mana masing-masing mempunyai tanggungjawab ke atas setiap individu.... Membantu mereka yang memerlukan bantuan dan ada semangat sepasukan yang tak mudah luntur. Walaupun lebih ramai wanita daripada lelaki, tetapi kami wanita-wanita yang ada mencuba sedaya upaya kami menggunakan tenaga yang ada untuk membantu mengikat tali pada pokok yang ada.... Alhamdulillah... Semua berjalan dengan lancar... Bila semua telah dipastikan siap dan selamat digunakan, dengan itu Pensayarah pun memaklumkan bahawa kami semua akan mencuba semua halangan yang ada.... tetapi, semua kena dilepasi tanpa ada kaki yang jejak ke bumi setiap individu yang memulakan aktiviti.... Bukan untuk satu pasukan je... malahan untuk semua pasukan yang ada.... Kami semua menunjukkan kerjasama yang sangat baik kerana masing-masing menjaga keselamatan dan cuba menjayakan aktiviti tanpa perlu diulang untuk kali kedua..... Apapun, kesusahan dilalui dengan sabar dan tenang oleh setiap peserta walaupun amat sukar dengan kekurangan ketahanan fizikal...... Tetapi kekuatan mental masih kuat..... Kerjasama penting dalam apapun yang kita lakukan..... janganlah bersendiri.... Apa yang penting.... kerjasama....!!!!!

Ujian Teknik Ikatan Tali

10 Oktober 2009 @ 0900 pagi.... Hari ini aku akan menjalani aktiviti Low Rope Course... dimana aku dan rakan-rakan akan membuat halangan menggunakan tali. Aku dan rakan-rakan akan membuat ikatan pada pokok dan membuat 4 halangan yang berbeza... Pada hari itu, hujan turun dengan lebatnya pada sebelah pagi dan aktiviti kami yang pertama adalah ujian ikatan dimana kami dibahagikan kumpulan untuk menjalani ujian tersebut. Saya termasuk dalam peserta ujian dalam kumpulan yang pertama.... Debaran mula terasa...sebelum ujian aku dan rakan-rakan sempat membuat latihan terakhir.... Aku bersama-sama 5 rakanku yang lain akan merasai ujian yang pertama...... Masanya telah tiba, aku rasa debaran semakin kuat.... apatah lagi bila masing-masing jadi gelabah semacam je.... Nasib baik tak takut sangat.... adalah sikit - sikit gementar je..... Sebelum ujian, kami ditaklimatkan bagaimana cara untuk ujian tersebut dibuat... setelah faham semuanya, kami pun menjalani ujian ikatan satu persatu mengikut kategori dan markah setiap ikatan... Diperiksa pulak kekemasan dan cara ikatan tersebut. Ada yang dapat markah penuh, ada yang suku... dan ada juga yang dapat setengah markah setiap ikatan yang disebutkan.... Tanganku mula bergetar kerana terlalu gementar agaknya... nak cepat takut tak cukup masa untuk mengikat tali tersebut. Aku rasa macam tak cukup tangan, bila sebut je jenis ikatan tali... aku jadi kelam kabut macam tak cukup tanah rasanya.... Alamak.... aku jadi hilang tumpuan bila terlalu ikutkan perasaan gementar ku.... Apalagi aku terasa macam kena renjatan sekejap... sejuk tangan ku macam dalam peti ice pulak.... apabila tiba ikatan bonus yang terakhir dan selesai.... aku rasa baru dapat udara panas dalam diriku.... lega rasa dah selesai seksaan ujian ikatan tali.... Aku rasa keadaan biasa dan dalam ujian adalah suasana yang sangat berbeza dan menjadikan seseorang itu ada yang jadi lupa dan panik.... seterusnya tersalah pilih teknik ikatan......hehehehe!!!!!!

Ikatan Oh Ikatan...

Aku tak pernah tahu pun jenis-jenis ikatan yang pernah aku gunakan dalam kehidupan harianku.. Aku mula belajar jenis-jenis dan teknik-teknik ikatan dalam semester ini dalam ``Outdoor Recreation``. Aku mula diperkenalkan dengan beberapa ikatan yang aku tak pernah dengar tapi aku pernah gunakan. Antara ikatan yang aku perlu tahu ialah ikatan buku sila(Reef knot), tindih kasih(Bowline), Ikatan Nelayan(Fisherman`s knot-single,double), angka `8`(Figure of Eight),Double Figure Of Eight-single Loop,double Loop, ikatan Manok(Clove Hitch) dan banyak lagi... Itu antara yang terpenting yang perlu aku ketahui teknik dan jenis-jenisnya. Aku dapat tahu kami akan ada ujian cara ikatan tali semasa aktiviti Low Rope Course nanti. Aku dan rakan-rakan selalu diingatkan supaya sentiasa membuat latihan ikatan supaya bila tiba masanya memudahkan segala tugasan untuk rope course..... Aku dan rakan-rakan memahirkan diri dengan segala ikatan yang ada.... Tetapi maklumlah, bila tinggal je tak latih diri... mula le lupa.... bukan lupa je...jadi keliru dan macam-macam masalah timbul.... Bila ulangkaji bersama kawan-kawan, apa yang dibuat semua menjadi... Aku terfikir apa akan jadi pada hari ujian nanti. Adakah aku akan berjaya untuk menempuhinya dengan baik. Tak sabar menanti hari yang bersejarah itu.... Aku bersama-sama kekawan semua sentiasa membuat latihan ikatan bersama-sama setiap kali ada perjumpaan pada hujung minggu. Itu pun kalau tak sibuk dengan aktiviti lain semasa kuliah hujung minggu di UiTM Shah Alam...... Berdebar-debar menanti ujian yang mendatang..

Aktiviti Orienteering

30 Sept.2009 @ 0900 pagi... Seawal pagi aku dah bangun dan bersiap untuk aktiviti Orienteering..... Hujan turun dengan lebatnya, menyukarkan aku untuk sampai pada masa yang telah ditetapkan... Tetapi alhamdulillah aku berjaya juga akhirnya sampai di Bukit Cerakah tepat pada waktunya... tetapi hujan masih lagi tak berhenti... aku dan beberapa orang kawan dan budak - budak degree buat persiapan untuk aktiviti kami pada hari ini... Aku menunggu masa untuk bersama kawan-kawan lain pergi berkumpul di pondok berhampiran dengan kawasan penanaman padi di Bukit Cerakah.... Taklimat penggunaan peralatan dan juga sekali lagi kami belajar menggunakan kompas dan peta. Kami juga diingatkan sekali lagi oleh Pensyarah supaya jangan tersilap kod semasa tiba di kawasan check point setiap tempat. Aku orang kelima yang dilepaskan untuk aktiviti Orienteering... Setelah aku mencatat setiap kawasan yang telah ditetapkan, aku pun bergerak di check point yang pertama di kawasan tempat letak basikal... berpandukan peta dan kompas aku telah mengutarakan peta terlebih dahulu dan untuk mengetahui arah pertama yang akan aku lalui. Aku dapat arah je, terus bergerak dan aku berjaya ke check point yang pertama dan seterusnya aku terus ke CP yang ke 2, Surau.. Mujurlah aku dapat tahu juga kat mana letak surau kawasan tersebut.... Mudah juga le kerja aku pada hari tu... Selepas itu, aku pergi ke kawasan CP3 di Taman haiwan.... fuh!!!! aku rasa macam mendaki gunung plak.... penat tu...!!!!! Dah lama tak buat aktiviti, stamina pun kurang le... Aku tiba di Taman Haiwan dan adalah seekor burung Kakak Tua tu.... Asyik bercakap je.... Aku dan Ati tak layan pun sehingga kami jumpa flag CP3, dia kata kami bodoh le plak.... Saya rasa coz kami tak layan dia kot..... Dahle kami penat nak melayan dia plak.... Takde masa nak buat semua tu... Perjalanan diteruskan dan aku tiba di kawasan CP4 Kolam Renang.... Kemudian kami berpandukan peta memudahkan kami tiba di setiap CP dengan jayanya. Tiba di CP5, aku meneruskan perjalanan ke CP6 .... Aku meneruskan perjalanan dan fuh!!!! macam bawa batu le pulak kaki.... Ku kuatkan semangat dan fikirkan benda yang indah bakal kuperolehi.. aku meneruskan perjalananku..... macam tak jumpa je CP6.......Tapi aku jumpa Cik Fauzi, Mala dan Kak kamisah sepanjang perjalanan menuju ke kawasan yang sama.... Akhirnya aku berjaya tiba di kawasan CP6.. Kat CP6 ada dua flag, tapi berbeza kod... aku tengok peta dan arahan semula untuk memastikan kod yang betul baru aku punched pada Control Card aku. Selepas itu aku meneruskan ke CP7 yang mana aku kena pergi ke jalan mula aku masuk ke CP6... Terasa penat yang tak terkira.... kalau boleh dalam masa yang sama aku nak berguling-guling je turun bukit.... nak cepat sampai le katakan..... Akhirnya aku sampai di CP7, aku kena memanjat Pondok Tinggi pulak... Juga ada 2 flag yang berbeza kod yang bakal mengelirukan kami semua.... aku check semula kod dan baru punched. Kemudian aku pergi CP8 Rumah Bermusim..... Macam nak masuk je kat dalam tetapi, takut sesat pulak nak cari jalan balik...... Aku terus menghala ke CP9.... dan CP yang terakhir Rumah Perak CP10..... Fuh lega rasanya aku telah selesai dengan tugasanku.... Aku pergi ke CP asal dimana acara dimulakan..... Alhamdulillah, aku dapat menyudahkan tugasanku dengan berbekalkan ilmu yang telah kupelajari.....

Sesi Orienteering

Hari ini 12 Sept. 2009 jam 0830hrs, kami mengadakan sesi pembelajaran di Maktab PDRM Cheras. Kami belajar bab orienteering..... Hari ini sekali lagi aku belajar menggunakan kompas bersama peta untuk mencari kawasan. Aku dan kawan - kawan pernah belajar semasa di Pulau Kapas, sebelum aktiviti meredah hutan kat Pulau.... Hari ini sekali lagi kami diajar cara nak baca kompas, segala isi perutnya perlu...mesti tahu.... Aku belajar teknik dan cara asas untuk navigation menggunakan peta dan kompas. Dalam masa yang sama aku dapat menguji kekuatan fizikal... maklumlah dah lama aku tak buat aktiviti yang melibatkan pergerakan yang pantas.....Umur pun dah meningkat ke tahap yang ........ hehehe!!!!! Aku juga belajar beberapa teknik yang standard digunakan semasa pertandingan. Pelbagai jenis acara Orienteering yang aku pelajari iaitu; (i)Line /Sting Orienteering,(ii)Cross Country, (iii)Score Orienteering,(iv)Relay Orienteering,(v)Street Orienteering,(vi)Trail Orienteering dan (vii)Mountain Orienteering. Setiap satu acara mempunyai peraturan dan teknik tersendiri. Menarik bila belajar tapi berdebar juga apabila kami kena buat aktiviti ni sorang-sorang nanti di Bukit Cerakah.... Tidak ketinggalan juga aku diberi pendedahan kepada peralatan-peralatan Orienteering yang perlu ada pada setiap acara Orienteering.Antara peralatannya ialah;(i)Orienteering Map, (ii)Orienteering Compas,(iii)Control Flag/Marker,(iv)Punches,(v)Control Card,(vi)Control Discription,(vii)Whistle and (viii)Red Pen. Semua peralatan mempunyai kepentingan dan kegunaan yang tersendiri... Saya juga didedahkan kepada langkah-langkah keselamatan semasa acara orienteering daripada garisan permulaan hingga ke garisan penamat.... Sekiranya ada yang tak balik-balik ke tempat asal semasa aktiviti dalam masa yang telah ditetapkan, maka adalah penyelamat-penyelamat yang akan menyelamat dan memandu arah pulang..... Selesai satu bab..... Selepas kelas kami ada percubaan di kawasan sekitar Maktab PDRM menggunakan teknik - teknik yang telah diajar...... Tarikh telah ditetapkan pada 30 Sept. 2009 Jam 0900 pagi di Bukit Cerakah, kami akan menjalankan aktiviti Orienteering.... Sorang-sorang.....Takutnya....

Wednesday, October 21, 2009

Timbul kembali

Kesibukan tugas harian telah membuatkan saya tidak berkesempatan untuk mengupdate blog saya.. Tapi Hari ini saya berkelapangan bolehlah saya menyambung cerita sepanjang aktiviti yang saya telah lakukan bersama-sama dengan kawan-kawan seperjuangan saya.... hehehhe!!!!!!!

Monday, September 7, 2009

TARIKH KERAMAT DAH TIBA

Aku bangun awal pagi... tapi yang sebenarnya aku tak lena pun.... Aku tak sangka hari yang kuhitung dah tiba pun. Pagi aku bersiap sedia dari dalaman dan luaran. Aku menenangkan hatiku dan cuba menanam semangat supaya berani mengharungi aktiviti hari ini 5/09/2009. Bermacam-macam doa dibaca untuk perlindungan dan keselamtan diri... hehehe!!!! Pada jam 0750 aku tiba di perkarangan Bangunan Kejuruteraan..... Masa tu ada kekawan yang dah tunggu untuk naik ke Tkt 11, bersama-sama. Aku dan rakan -rakan berbincang mengenai aktiviti ini, kami memberi semangat sesama sendiri supaya tak gentar mengharungi aktiviti abseiling...... walaupun pada hakikatnya masing-masing dah ada yang rasa lembik lutut... jantung dah tinggal kat bawah bangunan la... macam-macam ada telatah kekawan semua.... Tiba di tkt 11, aku dan rakan-rakan ditaklimatkan oleh Cik HCM sebelum memulakan aktiviti dan menerangkan sekali lagi peraturan dan teknik-teknik yang sebenar kepada kami.... Dibantu oleh beberapa orang tenaga pengajar yang lain, kami rasakan aktiviti ini akan berjalan dengan lancar. Dimulai dengan doa memohon keselamatan aku dan rakan-rakan mengorak langkah bersiap sedia memakai peralatan untuk aktiviti ini... Dibantu oleh rakan-rakan kami sentiasa memastikan peralatan dipakai dengan betul dan masing-masing menenangkan diri.... Tak lupa jugak PPT yang memastikan keselamatan sebelum aktiviti dijalankan..... Bila tengok kekawan dah melakukan aktiviti, saya dan yang lain-lain semakin bersemangat untuk cepat selesai kan.... aktiviti yang cukup mencabar kami semua.... Bila tiba giliran aku.....Fuh...!! aku macam rasa nak pitam je.... tapi bila aku berada di tepi dan dah bersedia untuk aktiviti abseiling, aku rasa seronok pulak... takde tekanan... mula-mula je.... dah buat rasa seronok.... rasa-rasa banyak cerita pulak lepas tu... kalau diberi peluang ada aktiviti ni... bole lagi kot..... Insyaallah.... Tarikh keramat 5/09/2009 aku lalui dengan penuh memori yang boleh aku dan kawan-kawan banggakan sepanjang hidup kami... alhamdulillah kami semua dapat menjalani aktiviti ini dengan jayanya berkat dorongan dan pembelajaran yang kami perolehi daripada Cik HCM..... Tak lupa juga buat semua tenaga pengajar yang banyak membantu..... tak lupa untuk PPT juga.... Resahku dah hilang dah...!!!!!!

MINGGU KERESAHAN PLK-PDRM

Pada 29/08/2009 kelas outdoor diadakan di Maktab PDRM Cheras. Dalam sesi pembelajaran kami diajar teknik, cara ikatan tali, keselamatan, penjagaan barang-barang dan dibayangkan macamana keadaan Abseiling pada 5/09/2009 di bangunan Kejuruteraan tingkat 11, UiTM, Shah Alam. Saya dan rakan-rakan mula membayangkan sesuatu yang menakutkan.... En Hisham memberi panduan yang sangat detail untuk keselamatan kami semua pada hari sebenar. Walaupun dah tahu apa nak buat tetapi selepas sahaja kelas berakhir pada hari itu, saya dan rakan-rakan yang lain mulai resah gelisah memikirkan apa akan berlaku nanti... Makan bertambah tetapi tidur tak lena.... tambahan pulak, dirasakan hari seperti cepat berlalu.... Jam berdetik begitu pantas sehingga terasa kenapa la cepat sangat hari-hari berlalu..... kalau lah boleh diundurkan waktu akan kuundurkan untuk seketika sehingga hilang rasa resah untuk melakukan aktivti ini. Walaupun demikian, rakan-rakan memberikan semangat antara satu sama lain supaya tak perlu nak fikirkan benda negatif... malah anggap ini sebagai satu cabaran yang positif dalam usia pembelajaran dewasa.... Diri sentiasa bersiap sedia untuk melakukan aktiviti ini dengan penuh keyakinan dan semangat yang membara.... Walaupun pada hakikatnya aku merupakan salah seorang daripada rakan-rakan yang begitu resah sekali bila tarikh keramat untuk aktiviti abseiling semakin dekat tanpa kusedari setiap hari aku menghitung waktu..... Dalam hati aku bercadang nak beritahu je Cik Hisham, aku nak bantu je kat atas untuk jaga peralatan... tapi timbul pulak perasaan malu dengan kawan-kawan..... Aku kuatkan semangatku, aku hadir je aktiviti tersebut.... aku akan lakukan yang terbaik dalam hidupku....sepanjang pembelajaran untuk semester ini..... Aku berharap apa yang akan aku dan rakan-rakan lakukan akan menjadi memori yang terindah walaupun amat mencabar keberanian kami.......

Friday, September 4, 2009

AIR PULAU KAPAS YANG CANTIK

Wow.......!!!!! Indahnya Pulau Kapas..... airnya yang jernih membuatkan aku dan kawan-kawan terasa ingin terjun je mandi..... tapi apakan daya ada yang tak berapa nak pandai berenang.... Tapi niat dihati nak mandi manda kat tepian..... peluang takde.... kami dipenuhi dengan program yang dirancang sepanjang perkhemahan tersebut... dari jauh pandang dan lihat je la keindahan pemandangan Pulau Kapas.... Adapun buangan di tengah laut yang menyeramkan..... masa tu lah kami merasa nikmat air Pulau Kapas yang sejuk... jernih....... Tetapi penat terasa kerana sebelah pagi dah ada program berjalan.... petang pulak berenang ke tepian....... walaupun begitu kami dapat berenang sepuas-puasnya...... tak pandai berenang pun..... buat jela pandai berenang..... tak kira lah renangan apa.... kuak lentang ada.... bebas ada.... hanyut pun ada..... hehehe!!!!! Nasib baik ombak Pulau Kapas xdelah kuat mana..... tapi boleh la jugak menghanyutkan orang...... Airnya yang sejuk..... fuh!! bestnya berenang... hingga lupa segala penat berjalan pagi..... petang cuba menguasai air Pulau yang sangat sejuk..... walaupun dimakan matahari ...... Tapi...... dah siap pakai sunblock...... bole le cover-cover....... Semasa berenang nampak pelbagai ragam dan karenah kawan-kawan..... pelbagai cara dibuat untuk menawan air pulau yang sangat jernih.... dengan apa yang ada kami rasa berbangga juga le sebab dapat pulang ke tepian pulau dengan selamat dan penuh kenangan... walaupun ada yang terkena serangan binatang laut yang berbisa dan berduri... Pengalaman dalam air laut telah memberi kami semangat dan keberanian untuk mengharungi lautan walaupun kami dari golongan dewasa yang tak berapa nak pandai berenang..... tulang dah keras da.... nak belajar pun..... maklum jela kerja xberkesempatan....... kecuali terdesak macam nak pegi pulau...... aaaahhh..... baru le terhegeh-hegeh semuanya...... Pulau kapas tetap dalam kenangan dengan airnya yang jernih dan sejuk...... dihembus dengan angin yang nyaman tanpa pencemaran....... enjoy la..........

RUMAH BATU JADI RUMAH PLASTIK

Perkhemahan ke Pulau kapas merupakan satu rancangan yang sangat menarik dalam banyak-banyak semester. Aku dan kawan-kawan akan belajar bagaimana hidup bekerjasama selama beberapa hari dalam program tersebut...... Hari pertama yang memenatkan.....dimana kami semua dikerah untuk angkat barang-barang dan mendirikan khemah..... memasak.... membersihkan kawasan dan pelbagai peraturan dan disiplin yang telah ditetapkan oleh penyelaras.... bayangkan lah.... orang-orang dewasa seperti kami dikerah macam muda-muda dulu..... apalagi ramai le yang mengeluh..... maklumlah tenaga dah kurang sikit.... tapi semangat tetap kuat.... bersedia menerima arahan dan sanggup menempuh cabaran walaupun ada yang tak berapa nak berani.......hhmmmmm!!!!! Tapi kerana dorongan dan semangat dari kawan-kawan akhirnya kami berjaya menempuhi segalanya bersama-sama berkumpulan....... Banyak peristiwa yang pahit dan manis sepanjang kami berada di lokasi perkhemahan... berbekalkan semangat diri masing-masing kami mengharungi segala cabaran yang mendatang.... walaupun ada beberapa orang yang demam.... pelbagai penyakit la katakan keluar semasa program perkhemahan tersebut..... Alhamdulillah.... walupun begitu semuanya berjalan dengan lancar dan baik.... Apa yang mula-mula disedihkan tempat tinggal yang mana kami duduk dalam satu khemah seramai 4 orang yang takde cermin besar untuk bersolek....almari untuk pakaian.... katil dan bantal yang empuk..... hmmmmmm!!!!! Maklum jela.... kat KL semuanya cukup.. bila duk dalam tu.... serba serbi tak cukup...... Sepanjang program perkhemahan kami semua kaki-kaki make-up.... terpaksa buang tabiat tersebut sepanjang program... hanya berbekalkan sunblock yang diharap dapat mengekalkan warna kulit....... apapun, tempat tinggal yang ada hanyalah tempat berehat sekejap.. hilangkan penat kerana program yang dijalankan terlalu padat sehingga kami rasa tidur dalam khemah pun macam tidur kat dalam bilik yang berkatil dan berbantal empuk.... Dalam masa yang sama kami semua dapat satu pembelajaran baru di mana tak sepanjang masa kita akan berada dalam keadaan yang mewah dan senang dalam hidup...... Ada masa kita perlu berkongsi bersama orang lain untuk merasai apa yang ada di dunia ini......

Wednesday, August 26, 2009

Manusia atau haiwan

Di suatu petang selepas semalaman duduk dalam hutan, saya dan Mala pergi mandi kat belakang tempat perkhemahan wanita.... Tengah keseronokan menikmati kesejukan air setelah semalaman tak mandi....... tiba-tiba saya terpandang satu lembaga yang berupa seperti orang hutan pun ada..... Mawas pun ada..... Tapi tak tau la nak kata.... Tapi saya suruh Mala tengok dia kata takde plak...... Masa tu seram pun ada..... Aku je yang nampak sorang..... Tapi alhamdulillah sehingga balik ke Kuala Lumpur xde apa-apa yang berlaku..... macam cerita dongeng la plak..... Da le malam kat hutan jumpa macam-macam.... ada ketam warna biru kuning, mengkarung...... haiwan yang lompat-lompat....... api tak mau nyala pun ada...... macam-macam ada.........

Water Confident Bersama Obor-Obor

Assallamualaikum.................... Kami telah dibuang ke tengah laut satu per satu dalam jarak yang boleh dikatakan jauh gak bagi orang - orang yang tak berapa nak pandai berenang......... Saya orang pertama yang terjun dan diikuti dengan Ati dan kemudian Hadi.......... saya cuba berenang perlahan-lahan ke tepi sedikt...... apatah lagi bila nampak sekumpulan obor-obor tengah berenang2 di kawasan tersebut...... saya tunggu Ati dan hadi yang sedang menuju ke arah saya..... Saya harapan Hadi akan bawa Ati dengan cepat ke tepi... rupa-rupanya bila dia tarik Ati je.... dia pun telan air sama... katanya tak reti nak nyelamatkan orang.......... Jadi saya pun tunggu la di kawasan yang berhampiran dan bila tiba satu time kami pun bersama-sama berenang menuju ke tepi Pulau..... Semasa kami menuju ke tepian jumpa plak kumpulan Apai, Khairi, Sapia dan Atikah..... Tengah dalam keseronokan berenang.... tiba-tiba Ati menjerit dan meniup wisel..... katanya ada obor-obor telah menyengat kakinya...... masa tu saya tengok Hadi lari jauh daripada Ati....... Cik mazlin datang tengok..... Ati da rasa sakit..... dia pun suruh kencing atas kaki dia takpelah........ masa tu aku dengan Hadi gelak sakan sampai xlarat rasa nak berenang........ Aku pun tegur Hadi kenapa lari..... Dia kata kalau tak lari... obor-obor tu melekat plak kat dia...... Apa lagi cabut la......... Bila ditanya apa ceritanya....... agaknya obor-obor tu da berkenan dengan nyayian Ati masa berenang ke tepian bersama Hadi ke tepian.....` Jangan tinggal Daku`..... hehehehe!!!!!! walaupun seorang kawan da sakit kaki..... tetapi kami tetap meneruskan renangan kuak bebas kami sehingga ke tepi Pulau....... Berjaya juga akhirnya sampai ke tepian...... Fuh!

Landak laut yang menyeramkan

Salam...............semua............... Selepas melalui perjalanan yang jauh nun di hutan, sebelah petang plak kami di humban ke tengah laut....... water confident la kata kan........... saya kumpulan 3 cuma ada 3 orang je.... 1 lagi demam (Mala)...... Saya, Ati dan Hadi........ Sebelum di bawa ke tengah lautan kami menunggu giliran untuk dibawa ke tengah.... sementara tu.... kami duk tepi bersama 1 jurulatih garang... tapi baik.... dan Cik Hisyam Che Mat.... Si Hadi punya keje..... dia pegi ambik landak laut yang hitam legam tu..... da le tengok mengelikan... ngeri pun ada...... si Hadi, dan Cik Hisyam Che Mat plak saja je nak menakutkan saya dengan Ati.... apa lagi saya dengan Ati menjerit le...... cuba berlari jauh sikit daripada diaorang berdua....... Selepas tu aku dengan Ati jadi geli geleman plak...... gara-gara tengok benda hitam yang mengelikan dan menakutkan......... Duri penuh satu badannya..... Nasib kami tak kena durinya........ Nampak macam lintah je... tapi berduri... he.. seram aku... Itulah pertama kali aku melihat landak laut berduri yang menakutkan dan mengelikan aku dan rakan-rakan.....

Kayak..... ``Sit On Top``

Wahai kekawan semua, kenangan semasa berkayak mengelilingi Pulau Kapas dan Pulau Gemia adalah kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Kumpulan kami begitu seronok sekali kerana kami dapat mengharungi segala halangan dan rintangan yang diberi oleh pihak jurulatih. Semasa berkayak rasa seronok melihat kekawan bekerjasama antara satu sama lain menuju perhentian pertama kami di Teluk Berakit.... Di Teluk Berakit kami berehat untuk seketika dan dalam masa yang sama ada sesi pembelajaran cara-cara penggunaan peralatan untuk `Snorkeling`...oleh Cik Hisham Che Mat. Perkara paling seronok apabila kami diberi peluang untuk menikmati keindahan hidupan dalam laut yang mana kami dapat melihat pelbagai jenis hidupan yang tak pernah dilihat terus menerus dengan mata kami sendiri. Terasa masa yang diberi terlalu singkat dan mencemburui kami tak puas untuk melihat kesemuanya............ Tapi walau apapun, kami tetap bersyukur dapat pengalaman yang tak pernah kami terfikir akan dapat dalam program tersebut....... Kepada kekawan semua kalau ada peluang kita boleh pergi snokeling kat Tasik Shah Alam plak..... Kot-kot ada mutiara ke.... jaw ke.... hehehehe!!!!!!!

FIRST CAMP DALAM HIDUP BERKERJA

Assalamualaikum and salam sejahtera semua.............. Lama menghilang kini kembali bersama cerita baru dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Alhamdulillah kita semua telah berjaya mengharungi `Final Camp` kita dengan jayanya, walaupun ada yang demam masa kat sana dan da balik KL pun ada yang demam. Walaupun begitu, kita semua masih mampu menjalankan aktiviti harian kita seperti biasa. Pengalaman dan kenangan semasa di Pulau Kapas sememangnya perkara yang paling indah dan manis dalam sesi pembelajaran dewasa. Dalam jangka masa itu kita semua boleh hilangkan tekanan kerja untuk seketika jauh daripada kesibukan tugas yang tidak dijangka. Gembira dapat berkumpul dengan kekawan semua dalam satu pasukan, dalam satu khemah, makan bersama, ketawa, menangis, dan tak pernah dilupakan semangat tolong-menolong dan perhatian kekawan semua semasa melalui program yang telah dirancang oleh penganjur. Tak lupa juga jutaan terima kasih kepada semua tenaga pengajar dan terutama sekali penasihat yang sentiasa berada di belakang tabir yang sentiasa memberi semangat kepada kami pelajar dewasa......... Kenangan indah ini akan sentiasa dalam memori ini...............

Saturday, July 18, 2009

Salam pertemuan pertama

Kepada semua kawan-kawan salam pertemuan pertama....selamat berblogging.....

Tuesday, July 14, 2009

Budak baru belajar mencipta laman sendiri

Saya telah mencuba untuk membuka akaun bloggers, dan saya rasa dah berjaya. tapi, nampaknya belum lengkap, sebabnya baru belajar dan sikit-sikit baru nak top-up walaupun xberapa nak pandai menggunakan komputer........ Setakat menaip.... bole le.......

Permulaan yang baik

Saya telah mempraktikan perkara pertama yang perlu saya buat dalam subjek Outdoor Recreation (part 7 )..... segala kekurangan akan diisi dengan pembelajaran perkara yang baru....

Pengalaman Baru

Pada 11 Julai 2009 @ 1430 hrs, saya dan rakan-rakan sekuliah mendapat ilmu baru bagaimana nak membuka account bloggers dan mencipta ruangan dan menaip cerita sendiri melalui laman bloggers. Ini adalah salah satu perkara wajib yang perlu kami buat sepanjang semester 7 dan boleh diteruskan sampai bila-bila... Tapi pesanan bagi semua rakan-rakan, cerita-cerita anda hendaklah berkisar kepada perkara-perkara yang menarik dan boleh dikongsi bersama sebagai panduan, pengetahuan atau makluman.
Sekian, salam perkenalan dari saya...........untuk semua..........