Monday, October 26, 2009

Pengalaman dan Pengajaran

Dalam program rekreasi luar semasa di Pulau Kapas, salah satu aktiviti yang membuatkan aku tersedar daripada beberapa perkara yang tidak pernah aku terfikir setelah lama aku bertugas sebagai anggota PDRM ialah aktiviti ikhtiar hidup. Aku dan tiga rakanku yang lain diberi hanya sebotol air mineral dan satu bekas kecil bekalan makanan yang hanya cukup untuk sekali makan sahaja. Aku dan kawan-kawan berbunyi juga pada awalnya, tetapi bila difikirkan semula apa yang mereka buat adalah untuk kami belajar erti hidup yang sebenar. Aku tak menyangka kami akan menjalankan aktiviti yang sebegini rupa. Bila tiba masanya, aku dan rakan-rakan di hantar ke satu tempat dimana kami diminta untuk membina khemah tempat berteduh daripada apapun yang bakal kami hadapi semasa berada di dalam hutan. Tiba sahaja di kawasan perkhemahan, kami mula membahagikan tugas masing-masing menyediakan apa yang sepatutnya kami ada sebelum malam menjelma. Kami membina khemah yang sederhana untuk kami berlindung daripada hujan dan panas dan benda asing atau binatang daripada atas pokok. Kami juga mengumpulkan kayu api dan menyalakan unggun api untuk persiapan malam hari . Kami mengumpul seberapa banyak kayu api yang kami mampu untuk bekalan sepanjang malam. Kami berehat beralaskan daun-daun lebar yang boleh menampung untuk kami tidur dan berehat selama kami berada dalam hutan itu. Kami berjimat cermat minum air, memasak pun gunakan air yang cukup-cukup je. Macam hari darurat le pulak. Kami rasa tertekan pada awal nya kerana bukan tidak cukup makanan tetapi sebab tidak cukup air nak minum. Kami menguatkan semangat dan bersatu hati bersama-sama memberi sokongan kepada rakan-rakan supaya bertahan dan akan mengharungi rintangan yang sedang kami lalui. Aku dan Ati bergilir-gilir dengan Mala dan hadi. Kami dapat merapatkan lagi silaturrahim antara kami kerana pada masa itu, kami berbual dari awal zaman persekolahan dan sehingga kami bekerjaya...... Masing-masing ada kenangan yang pahit dan manis dalam kehidupan. Ada yang terlalu sedih sehingga aku sendiri tidak dapat menahan air mataku daripada menitis..... Ada juga perkara yang melucukan membuat kami tergelak besar dalam hutan itu. Aku juga mempunyai pengalaman yang sangat sukar untuk kuluahkan pada mulanya.... tetapi kerana aku rasa tidak adil sekiranya aku tidak berkongsi cerita dengan rakan-rakan lain... Aku pun meluahkan isi perut kehidupan ku dari kecil hinggalah sekarang..... Kerjasama amat penting dalam aktiviti ikhtiar hidup. Ini adalah kerana kami akan mengharungi segala dugaan yang mendatang bersama-sama....... Tidak akan meninggalkan rakan-rakan pasukan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Aktiviti ini juga telah mengingatkan aku bahawa tidak selamanya kita akan hidup cukup makan dan pakai dalam dunia ini. Aku juga memahami erti persahabatan sebenar dalam aktiviti ini. Aku dapat mengenali rakan sepasukan ku dengan lebih rapat lagi. Belajar berjimat cermat dalam apa pun juga yang kita lakukan dalam kehidupan seharian jangan ada pembaziran........ Ingatlah orang-orang yang tidak cukup segalanya........

No comments: