Monday, October 26, 2009

Kerjasama Pelajar

Sepanjang aktiviti rekreasi luar yang dijalankan dalam semester ini, aku dapat melihat apa yang jarang aku lihat sepanjang aku bertugas dalam pasukan. Aku dapat melihat kerjasama yang sangat ketara di antara pelajar yang ada. Pergaulan yang sangat berbeza diantara pelajar luar kampus (dewasa) dengan full time degree (remaja) dalam menjayakan program yang dianjurkan. Orang-orang dewasa lebih kepada pergerakan yang biasa berbanding dengan budak-budak remaja yang pantas melakukan kerja-kerja dan tenaga lebih sikit. Disini kita dapat menggambarkan bahawa kerjasama adalah factor yang terpenting dalam melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan. Apabila kerjasama ada sesama peserta, maka semua perkara akan dapat dilaksanakan dengan mudah dan pantas. Tanggungjawab diberikan kepada setiap individu untuk menjaga kawan-kawan yang ada, sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini sepanjang program ini berjalan. Ini adalah untuk mengalakkan peserta (pelajar) meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap sesiapa pun juga tidak kira apa yang berlaku tetap akan sama-sama mengharunginya. Sekiranya tidak ada kerjasama, maka semua kerja akan terbengkalai dan melambatkan atau melembabkan proses persiapan aktiviti yang dijalankan. Sekiranya bersatu hati, maka setiap apa yang dirancang akan pasti berjalan dengan baik dan Berjaya. Dalam program ini setiap pelajar memberikan reaksi yang sangat memberangsangkan, dimana mereka menunjukkan tindakbalas yang positif dalam apa juga yang dilakukan sepanjang program ini. Pelajar remaja banyak membantu pelajar dewasa dalam apa juga aktiviti yang dijalankan. Tetapi ada juga beberapa aktiviti memerlukan kemahiran pelajar dewasa yang mana akan lebih memudahkan dan melancarkan perjalanan aktiviti sepanjang program. Dalam erti kata lain, kami saling memerlukan antara satu sama lain. Kepentingan kerjasama dalam program Pulau kapas amat ketara di kalangan pelajar. Setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan pantas dan tidak ada pengasingan pelajar remaja dan dewasa. Tugasan yang diberi sama, dan tiada keistimewaan pada sesiapapun dalam program ini. Tugasan terlaksana dengan adanya kerjasama....... Tidak ada perkauman dalam tempoh program dijalankan....alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan lancar dengan adanya bantuan tenaga pengajar yang berpengalaman membimbing semua pelajar dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

No comments: