Monday, October 26, 2009

Hari Flying Fox

24/10/2009 @ jam 0830 pagi.....Hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan untuk semua pelajar PLK/PDRM dimana kami akan melakukan aktiviti Flying Fox. Aku telah membuat persediaan diri semasa diumumkan untuk melakukan aktiviti ini lagi. Aku dan rakan-rakan seawal pagi dah sampai di kawasan bukit belakang kolam renang UiTM Shah Alam. Aku dan rakan-rakan memanjat bukit yang boleh tahan juga tingginya..... semput juga nak sampai ke atas...... maklumlah jelah stamina dah kurang. Kami membuat persiapan awal , mengikat tali dari pokok atas ke seberang di bahagian bawah untuk mendarat. Disamping itu juga, tidak lupa untuk menyediakan peralatan untuk digunakan untuk setiap individu iaitu harness, helmet, sarung tangan, sling, dan carabiner. Semua peserta dikehendaki memakai peralatan untuk keselamatan sebelum menjalankan aktiviti. Setelah selesai memasang tali dan keselamatan terjamin, kami berkumpul untuk taklimat keselamatan supaya tdak ada yang tersilap semasa melakukan aktiviti nanti. Kami memulakan aktiviti dengan doa selamat yang diketuai oleh en Harun. Setelah itu, kami pun memulakan aktiviti dengan dimulakan oleh budak degree untuk buat demo. Setelah selamat kami pun memulakan seorang demi seorang untuk melakukan aktiviti. Aku memerhatikan rakan-rakan yang memulakan aktiviti flying fox, aku mula berdebar rasa takut pun ada... tetapi bila melihat rakan-rakan seperti seronok je bila telah selesai melakukan aktiviti tersebut, aku mula bersemangat dan rasa tak sabar untuk tiba ke giliranku. Bila tiba giliranku, aku dibantu oleh budak degree untuk memastikan keselamatan sebelum aku melakukannya.... Bila sudah dipastikan selamat, aku pun minta izin untuk turun daripada rakan di seberang yang sedang menunggu untuk membantu aku kat sana nanti. Bila mereka kata ok je, aku pun dengan perlahan-lahan mengatur langkah dan seterusnya berlepas ke seberang dengan menggunakan teknik `L` yang telah diajar oleh Cik Hisyam sebelum aktiviti dijalankan. Aku Berjaya melepasi halangan ini, Alhamdulillah selamat. Aku rasa seronok gila bila dapat melepasi ujian ini dan macam nak naik lagi pulak. Tetapi masa tidak mengizinkan aku kerana kami sudah lewat selepas ni ada kelas bersama Cik Ali. Setelah selesai, aku dan rakan-rakan menyusun semula peralatan yang telah digunakan dan memastikan semuanya telah cukup. Setelah itu, kami memasukkan ke dalam bekas untuk dibawa balik ke stor. Setelah selesai, kami ada taklimat sekali lagi bersama Cik Hisyam. Taklimat penutup untuk aktiviti Flying Fox pada hari ini. Setelah itu pun kami bersurai. Aku sangat seronok dengan aktiviti ini. Bila aku kenang kembali aku dapat merasakan betapa seronoknya sekiranya aku dapat melakukannya sekali lagi bersama – sama rakan-rakan semua..... Kepada yang belum mencuba, cubalah aktiviti flying fox pasti akan memberikan kepuasan yang tidak akan merugikan anda semua........

No comments: