Monday, October 26, 2009

Kemahiran Memasak

Aktiviti rekreasi luar boleh menjadikan seseorang itu menjadi seseorang yang berkebolehan. Apa yang dapat aku lihat sepanjang program ini setiap individu itu mempunyai kebolehan masing-masing dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Ada yang bakat terpendam dan ada yang mengeluarkan teknik-teknik yang tidak pernah dipraktikkan. Setiap individu mempunyai kemahiran yang tidak disangka-sangka. Pelbagai teknik dan cara yang digunakan dalam menjalani aktiviti yang dianjurkan. Semasa program dijalankan, kami terpaksa menyediakan makanan dan minuman untuk semua tenaga pengajar, fasilitator dan peserta. Kami tidak pernah melakukan aktiviti memasak untuk peserta yang ramai. Selama ini pun kalau ada majlis disediakan oleh catering. Tempah saja sudah sedia. Lain ceritanya di Pulau Kapas kami terpaksa memasak makanan apa yang ada mengikut menu yang telah ditetapkan. Nasib baiklah ramai di kalangan kami sudah biasa memasak untuk ramai orang. Kami berkerjasama dalam menyediakan makanan untuk semua. Waktu yang ada kami singkatkan tidak kira lelaki atau wanita sama-sama duduk dalam dapur bantu-membantu menyediakan menu mengikut jenis masakan untuk sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang, dan makan malam. Kerja-kerja memasak lebih cepat dan mudah dengan kerjasama semua orang dimana apa yang sukar dilalui bersama. Aku dapat melihat kerjasama yang sangat erat di antara satu sama lain. Walaupun penat, masih boleh bergurau senda menyediakan makanan apa yang ada. Bila selesai memasak, makanan dihidang dalam dulang yang dikongsi seramai 7 orang. Makanan yang dimasak dicampur sekali dalam dulang yang dikongsikan bersama 7 peserta sepanjang program ini dijalankan. Masakan yang ringkas tetapi bila makan berebut-rebut terasa keenakkannya lebih terasa. Dalam program ini kita dapat merasa makan setalam bersama-sama dengan rakan-rakan kita . Pengajaran yang kita dapat ialah jangan membazir makanan. Makan apa yang ada, walau sedikit dikongsi bersama-sama. Sedap atau tidak itu tidak perlu dipertikaikan dalam kehidupan harian kita. Ingatlah orang-orang yang tidak cukup makanan berebut-rebut memerlukan bantuan makanan daripada insan yang berlebihan........

No comments: