Friday, October 23, 2009

Hutan oh Hutan

Sehingga ke hari ini, aku masih teringat kat hutan di Pulau Kapas. Aku rasa banyak kenangan manis dan pahit yang aku tak akan lupakan sampai bila-bila. Aku tak pernah terfikir bahawa kami akan di letakkan di dalam hutan dengan bekalan yang tak berapa nak cukup dan kelengkapan yang ada tak berapa nak ada. Aku teringat bila aku dan kawan-kawan terpaksa membina mahligai tempat berteduh menggunakan tikar dan tali akar kayu yang ada dalam hutan. Beralaskan dedaunan yang bersaiz lebar bolehlah menampung kami duduk, tidur dan berehat.... Selama dalam hutan, banyak perkara yang terfikir dan teringat kerana keadaan aku dan rakan-rakan yang sangat daif pada masa tu. Fuh!!!! Aku tak sangka dengan adanya kerjasama antara satu sama lain dan semangat kumpulan dapat menambahkan lagi keyakinan dan kekuatan diri untuk terus bertahan dalam apa keadaan sekalipun. Walaupun terpaksa berlapar dan dahaga yang teramat sangat. Aku dan rakan- rakan berbual dan meluahkan perasaan masing-masing. bercerita tentang masa silam yang tak pernah ku terfikir akan menjadi perbualan kami dalam hutan tersebut. Apapun aku rasa bila kami berbual sedemikian adalah cara yang boleh merapatkan lagi hubungan kami satu kumpulan. Dimana boleh menambahkan lagi semangat sepasukan yang sudah sedia ada. Sanggup mengharungi apa jua yang berlaku.... Bersama menghadapi segala rintangan atau halangan dengan penuh tabah dan sentiasa memberi semangat antara satu sama lain. Walaupun berbeza negeri dan adt kami boleh bersatu bersama menempuh apa yang mendatang...

No comments: