Monday, October 26, 2009

Aktiviti Yang Mencabar

Sepanjang semester ini, kami melakukan pelbagai aktiviti yang mencabar keberanian. Kami melakukannya dengan penuh yakin, walaupun sebelum memulakan aktiviti kami ada perasaan berdebar yang amat sangat. Kami juga tidak pernah mengalah atau mengundurkan diri walaupun takut dengan aktiviti yang telah dirancang sepanjang program outdoor recreation. Kami sangat bertuah dapat pelbagai teknik pada setiap aktiviti yang kami jalankan. Asas utama dan konsep sebenar dipelajari dalam proses mengenali setiap aktiviti yang diperkenalkan. Kami wajib mencuba setiap aktiviti yang dijalankan. Setiap kali kami melakukan aktiviti, kami telah mendapat bantuan daripada budak-budak degree dan tenaga-tenaga pengajar yang profesional. Ia memudahkan kami untuk melakukan semua aktiviti tanpa ada sebarang halangan....cuma debaran setiap orang je yang menjadi penghalang untuk melakukan yang terbaik untuk diri setiap individu. Semua nya ditempuhi juga berkat tunjuk ajar dan sokongan daripada semua pihak yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Aktiviti yang paling menguji keyakinan dan keberanian kami ialah abseilling.... tingkat 11.... tak dapat dibayangkan apa yang akan berlaku kalau terjatuh.... tapi, kami tahu semua aktiviti yang dijalankan ada keselamatan masing-masing.... Semua persiapan dibuat dengan teliti dan diperiksa terlebih dahulu oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan semua aktiviti yang kami lakukan...tanpa anda semua kami tidak akan mencapai ke tahap keyakinan sekarang. Sebelum ini takut bila mendengar aktiviti yang mencabar keyakinan diri, sekarang kalau dengar je nama aktiviti yang menarik terasa nak join sekali pulak.... Best dalam semester ini, banyak aktiviti yang telah aku lakukan yang aku tak pernah sangka akan kulakukan dengan jayanya sehingga aktiviti terakhir dalam semester ini......

No comments: