Monday, October 26, 2009

Pengalaman & Kenangan Abadi

Sepanjang program rekreasi luar, pelbagai aktiviti telah aku lakukan. Aku juga mengetahui asas-asas dan konsep rekreasi. Aku juga mengetahui kepentingan dan faedah-faedah yang aku dan semua individu boleh perolehi. Aktiviti rekreasi luar mempunyai berbagai jenis tempat yang boleh dilakukan iaitu di hutan, taman, gunung dan bukit, sungai dan tasik, pantai, laut dan pulau, dan gua. Aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti camping, mendaki gunung, memancing, berenang, rope course, abseiling, flying fox dan macam – macam lagi. Aku juga belajar teknik ikatan tali, jenis-jenis ikatan. Antara jenis ikatan yang penting ialah reef knot, bowline, clove hitch, figure of eight dan fishermen knot. Aku juga terlibat dengan program cam craft di Pulau Kapas. Sebelum program ke Pulau Kapas aku ada sesi pengenalan tentang camping, peralatan-peralatan yang perlu, pemilihan tempat dan penyusunan tempat camping. Aku membuat persiapan dari awal lagi sebelum aku pergi ke Pulau Kapas. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti semasa di Pulau Kapas nanti. Segala Persiapan diatur dengan teliti dan terancang untuk memastikan perjalanan program akan baik serta lancar. Seorang ketua telah dilantik dan yang bertanggungjawab untuk memastikan perjalanan program seperti yang telah dirancang. Alhamdulillah semua baik dan lancar sepanjang kami di Pulau Kapas. Banyak pengalaman yang kami perolehi dan boleh dijadikan panduan di masa depan. Aktiviti berkayak, sangat menarik buatku dan teman-teman. Aku belajar asas dan sejarahnya terlebih dahulu. Aku diperkenalkan dengan jenis-jenis kayak dan segala peralatan yang digunakan semasa aktiviti ini. Keselamatan pun kami utamakan dan pelajari dalam section ini. Kami juga ada water confident dan teknik berenang apabila berlaku kecemasan di tengah laut sebelum menjalankan aktiviti kayak di kolam renang UiTM, Shah Alam. Setelah itu, kami adakan latihan di Tasik Shah Alam. Kami dilatih sekiranya berlaku capsize drill di tengah laut nanti. Aktiviti orienteering, aku belajar asas orienteering, sejarahnya dan diperkenalkan kepada peralatan-peralatan nya. Antara peralatan yang diperlukan ialah Map orienteering, Compas orienteering, Control flag, Punches, Control card, Control description, Whistle dan red pen. Aku juga diajar tentang jenis-jenis acara orienteering iaitu Line Orienteering, Cross-country orienteering, Score orienteering, Relay orienteering, Street orienteering dan mountain orienteering. Setiap jenis ada cara dan undang-undang yang tersendiri, kenalah ikut apa yang telah ditetapkan. Aktiviti orienteering kami jalankan di Bukit Cerakah, Shah Alam. Masa tu peluang kami untuk berpusing-pusing mengelilingi kawasan yang boleh tahan juga tempat untuk berekreasi. Aku juga belajar macamana nak menjalankan aktiviti `trekking`. Segala persiapan perlu ada, sama dengan orienteering iaitu Map dan kompas adalah peralatan utama dalam aktiviti ini. Pakaian hendaklah bersesuaian untuk mengelakkan daripada ketidak selesaan semasa aktiviti dijalankan. Survival juga telah kami lalui semasa di Pulau Kapas. Semuanya dapat diharungi dengan lancar. Semua aktiviti dapat kami lakukan dengan penuh kesabaran dan meningkatkan tahap keyakinan kami dalam melakukan apa pun juga aktiviti. Kami dapat banyak pengalaman yang tidak akan kami lupakan, samada yang manis mahupun yang pahit. Semua itu adalah asam garam kehidupan. Apa yang kami tahu semua pengalaman dan kenangan itu dapat kami gunakan di masa akan datang bila kami menjalankan aktiviti yang sama. Terima kasih semuanya.... Tanpa bantuan anda, saya tidak akan sampai ke tahap seperti hari ini.... berani dan yakin.....

No comments: