Monday, October 26, 2009

Pengalaman & Kenangan Abadi

Sepanjang program rekreasi luar, pelbagai aktiviti telah aku lakukan. Aku juga mengetahui asas-asas dan konsep rekreasi. Aku juga mengetahui kepentingan dan faedah-faedah yang aku dan semua individu boleh perolehi. Aktiviti rekreasi luar mempunyai berbagai jenis tempat yang boleh dilakukan iaitu di hutan, taman, gunung dan bukit, sungai dan tasik, pantai, laut dan pulau, dan gua. Aktiviti yang boleh dilakukan adalah seperti camping, mendaki gunung, memancing, berenang, rope course, abseiling, flying fox dan macam – macam lagi. Aku juga belajar teknik ikatan tali, jenis-jenis ikatan. Antara jenis ikatan yang penting ialah reef knot, bowline, clove hitch, figure of eight dan fishermen knot. Aku juga terlibat dengan program cam craft di Pulau Kapas. Sebelum program ke Pulau Kapas aku ada sesi pengenalan tentang camping, peralatan-peralatan yang perlu, pemilihan tempat dan penyusunan tempat camping. Aku membuat persiapan dari awal lagi sebelum aku pergi ke Pulau Kapas. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti semasa di Pulau Kapas nanti. Segala Persiapan diatur dengan teliti dan terancang untuk memastikan perjalanan program akan baik serta lancar. Seorang ketua telah dilantik dan yang bertanggungjawab untuk memastikan perjalanan program seperti yang telah dirancang. Alhamdulillah semua baik dan lancar sepanjang kami di Pulau Kapas. Banyak pengalaman yang kami perolehi dan boleh dijadikan panduan di masa depan. Aktiviti berkayak, sangat menarik buatku dan teman-teman. Aku belajar asas dan sejarahnya terlebih dahulu. Aku diperkenalkan dengan jenis-jenis kayak dan segala peralatan yang digunakan semasa aktiviti ini. Keselamatan pun kami utamakan dan pelajari dalam section ini. Kami juga ada water confident dan teknik berenang apabila berlaku kecemasan di tengah laut sebelum menjalankan aktiviti kayak di kolam renang UiTM, Shah Alam. Setelah itu, kami adakan latihan di Tasik Shah Alam. Kami dilatih sekiranya berlaku capsize drill di tengah laut nanti. Aktiviti orienteering, aku belajar asas orienteering, sejarahnya dan diperkenalkan kepada peralatan-peralatan nya. Antara peralatan yang diperlukan ialah Map orienteering, Compas orienteering, Control flag, Punches, Control card, Control description, Whistle dan red pen. Aku juga diajar tentang jenis-jenis acara orienteering iaitu Line Orienteering, Cross-country orienteering, Score orienteering, Relay orienteering, Street orienteering dan mountain orienteering. Setiap jenis ada cara dan undang-undang yang tersendiri, kenalah ikut apa yang telah ditetapkan. Aktiviti orienteering kami jalankan di Bukit Cerakah, Shah Alam. Masa tu peluang kami untuk berpusing-pusing mengelilingi kawasan yang boleh tahan juga tempat untuk berekreasi. Aku juga belajar macamana nak menjalankan aktiviti `trekking`. Segala persiapan perlu ada, sama dengan orienteering iaitu Map dan kompas adalah peralatan utama dalam aktiviti ini. Pakaian hendaklah bersesuaian untuk mengelakkan daripada ketidak selesaan semasa aktiviti dijalankan. Survival juga telah kami lalui semasa di Pulau Kapas. Semuanya dapat diharungi dengan lancar. Semua aktiviti dapat kami lakukan dengan penuh kesabaran dan meningkatkan tahap keyakinan kami dalam melakukan apa pun juga aktiviti. Kami dapat banyak pengalaman yang tidak akan kami lupakan, samada yang manis mahupun yang pahit. Semua itu adalah asam garam kehidupan. Apa yang kami tahu semua pengalaman dan kenangan itu dapat kami gunakan di masa akan datang bila kami menjalankan aktiviti yang sama. Terima kasih semuanya.... Tanpa bantuan anda, saya tidak akan sampai ke tahap seperti hari ini.... berani dan yakin.....

Aktiviti Yang Mencabar

Sepanjang semester ini, kami melakukan pelbagai aktiviti yang mencabar keberanian. Kami melakukannya dengan penuh yakin, walaupun sebelum memulakan aktiviti kami ada perasaan berdebar yang amat sangat. Kami juga tidak pernah mengalah atau mengundurkan diri walaupun takut dengan aktiviti yang telah dirancang sepanjang program outdoor recreation. Kami sangat bertuah dapat pelbagai teknik pada setiap aktiviti yang kami jalankan. Asas utama dan konsep sebenar dipelajari dalam proses mengenali setiap aktiviti yang diperkenalkan. Kami wajib mencuba setiap aktiviti yang dijalankan. Setiap kali kami melakukan aktiviti, kami telah mendapat bantuan daripada budak-budak degree dan tenaga-tenaga pengajar yang profesional. Ia memudahkan kami untuk melakukan semua aktiviti tanpa ada sebarang halangan....cuma debaran setiap orang je yang menjadi penghalang untuk melakukan yang terbaik untuk diri setiap individu. Semua nya ditempuhi juga berkat tunjuk ajar dan sokongan daripada semua pihak yang terlibat dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Aktiviti yang paling menguji keyakinan dan keberanian kami ialah abseilling.... tingkat 11.... tak dapat dibayangkan apa yang akan berlaku kalau terjatuh.... tapi, kami tahu semua aktiviti yang dijalankan ada keselamatan masing-masing.... Semua persiapan dibuat dengan teliti dan diperiksa terlebih dahulu oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan semua aktiviti yang kami lakukan...tanpa anda semua kami tidak akan mencapai ke tahap keyakinan sekarang. Sebelum ini takut bila mendengar aktiviti yang mencabar keyakinan diri, sekarang kalau dengar je nama aktiviti yang menarik terasa nak join sekali pulak.... Best dalam semester ini, banyak aktiviti yang telah aku lakukan yang aku tak pernah sangka akan kulakukan dengan jayanya sehingga aktiviti terakhir dalam semester ini......

Siap fizikal

Semasa aktiviti orienteering di Bukit Cerakah, aku dapat satu pengajaran yang tidak akan dapat aku lupakan. Aku dan rakan-rakan berlumba-lumba mengejar check point dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ada yang berjalan sahaja..... ada juga yang berlari....... Oleh kerana stamina masing-masing kurang, ada juga yang pancit.... Kaki macam bawa batu..... Nasihatku sebelum melakukan aktiviti orienteering, kita buatlah persiapan kecergasan diri yang mana amat berguna semasa aktiviti ini. Bukan untuk berlari, tetapi untuk memudahkan kita bergerak dengan pantas dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pergerakan yang pantas memudahkan kita untuk mencapai apa yang kita kehendaki. Aktiviti ini mengukur masa yang mana akan menjadi penentu untuk kita sampai ke check point akhir yang kita tidak jangka berada di mana.... Samaada di bukit, di puncak atau sebaliknya. Kita dinilai mengikut masa dan ketepatan setiap kawasan yang kita punched pada setiap check point mengikut kod sebenar. Pada awalnya nampak bukan macam pertandingan, tetapi bila sudah ada semangat dan keseronokan semasa aktiviti dijalankan, maka timbul rasa persaingan di antara pelajar. Mula berlumba-lumba untuk sampai dahulu ke garisan penamat. Kekuatan fizikal sangat penting dalam aktiviti ini. Kuatkanlah stamina anda semua sebelum berjuang untuk melakukan aktiviti ini.... Cabaran pasti lebih seronok bila kita bersedia dari segi fizikal dan mental untuk melakukan aktiviti ini......

Kerjasama Pelajar

Sepanjang aktiviti rekreasi luar yang dijalankan dalam semester ini, aku dapat melihat apa yang jarang aku lihat sepanjang aku bertugas dalam pasukan. Aku dapat melihat kerjasama yang sangat ketara di antara pelajar yang ada. Pergaulan yang sangat berbeza diantara pelajar luar kampus (dewasa) dengan full time degree (remaja) dalam menjayakan program yang dianjurkan. Orang-orang dewasa lebih kepada pergerakan yang biasa berbanding dengan budak-budak remaja yang pantas melakukan kerja-kerja dan tenaga lebih sikit. Disini kita dapat menggambarkan bahawa kerjasama adalah factor yang terpenting dalam melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan. Apabila kerjasama ada sesama peserta, maka semua perkara akan dapat dilaksanakan dengan mudah dan pantas. Tanggungjawab diberikan kepada setiap individu untuk menjaga kawan-kawan yang ada, sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini sepanjang program ini berjalan. Ini adalah untuk mengalakkan peserta (pelajar) meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap sesiapa pun juga tidak kira apa yang berlaku tetap akan sama-sama mengharunginya. Sekiranya tidak ada kerjasama, maka semua kerja akan terbengkalai dan melambatkan atau melembabkan proses persiapan aktiviti yang dijalankan. Sekiranya bersatu hati, maka setiap apa yang dirancang akan pasti berjalan dengan baik dan Berjaya. Dalam program ini setiap pelajar memberikan reaksi yang sangat memberangsangkan, dimana mereka menunjukkan tindakbalas yang positif dalam apa juga yang dilakukan sepanjang program ini. Pelajar remaja banyak membantu pelajar dewasa dalam apa juga aktiviti yang dijalankan. Tetapi ada juga beberapa aktiviti memerlukan kemahiran pelajar dewasa yang mana akan lebih memudahkan dan melancarkan perjalanan aktiviti sepanjang program. Dalam erti kata lain, kami saling memerlukan antara satu sama lain. Kepentingan kerjasama dalam program Pulau kapas amat ketara di kalangan pelajar. Setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan pantas dan tidak ada pengasingan pelajar remaja dan dewasa. Tugasan yang diberi sama, dan tiada keistimewaan pada sesiapapun dalam program ini. Tugasan terlaksana dengan adanya kerjasama....... Tidak ada perkauman dalam tempoh program dijalankan....alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik dan lancar dengan adanya bantuan tenaga pengajar yang berpengalaman membimbing semua pelajar dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

Kemahiran Memasak

Aktiviti rekreasi luar boleh menjadikan seseorang itu menjadi seseorang yang berkebolehan. Apa yang dapat aku lihat sepanjang program ini setiap individu itu mempunyai kebolehan masing-masing dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Ada yang bakat terpendam dan ada yang mengeluarkan teknik-teknik yang tidak pernah dipraktikkan. Setiap individu mempunyai kemahiran yang tidak disangka-sangka. Pelbagai teknik dan cara yang digunakan dalam menjalani aktiviti yang dianjurkan. Semasa program dijalankan, kami terpaksa menyediakan makanan dan minuman untuk semua tenaga pengajar, fasilitator dan peserta. Kami tidak pernah melakukan aktiviti memasak untuk peserta yang ramai. Selama ini pun kalau ada majlis disediakan oleh catering. Tempah saja sudah sedia. Lain ceritanya di Pulau Kapas kami terpaksa memasak makanan apa yang ada mengikut menu yang telah ditetapkan. Nasib baiklah ramai di kalangan kami sudah biasa memasak untuk ramai orang. Kami berkerjasama dalam menyediakan makanan untuk semua. Waktu yang ada kami singkatkan tidak kira lelaki atau wanita sama-sama duduk dalam dapur bantu-membantu menyediakan menu mengikut jenis masakan untuk sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang, dan makan malam. Kerja-kerja memasak lebih cepat dan mudah dengan kerjasama semua orang dimana apa yang sukar dilalui bersama. Aku dapat melihat kerjasama yang sangat erat di antara satu sama lain. Walaupun penat, masih boleh bergurau senda menyediakan makanan apa yang ada. Bila selesai memasak, makanan dihidang dalam dulang yang dikongsi seramai 7 orang. Makanan yang dimasak dicampur sekali dalam dulang yang dikongsikan bersama 7 peserta sepanjang program ini dijalankan. Masakan yang ringkas tetapi bila makan berebut-rebut terasa keenakkannya lebih terasa. Dalam program ini kita dapat merasa makan setalam bersama-sama dengan rakan-rakan kita . Pengajaran yang kita dapat ialah jangan membazir makanan. Makan apa yang ada, walau sedikit dikongsi bersama-sama. Sedap atau tidak itu tidak perlu dipertikaikan dalam kehidupan harian kita. Ingatlah orang-orang yang tidak cukup makanan berebut-rebut memerlukan bantuan makanan daripada insan yang berlebihan........

Pantun oh pantun

Aktiviti orienteeting atau pencarian harta...... lebih kurang begitulah bunyinya. Aku dan rakan sepasukan di berikan sekeping kad yang berisi pantun yang pelukan jawapan yang kami akan cari menggunakan akal fikiran dan kompas yang telah dibekalkan oleh penganjur. Aku dan rakan sepasukan tidak masalah sekiranya hanya mencari apa yang tertulis dalam kad, tetapi bila bab berpantun sambil bermuzik...... apalagi `out` ...... Masuk ke laut semuanya.... Tetapi dengan semangat yang ada kami pun bersatu dan mencuba menjawab pantun yang dijual kepada kami dan mencari siapkah gerangan tenaga pengajar yang dimaksudkan dalam pantun yang dijual kepada kami dalam aktiviti ini. Bila dia mula menyanyi yang berbunyi ``Hai Lemak Manis Ala Amboi-Amboi, Santan Kelapa Ala Amboi-Amboi...................` apa lagi mula le mereka pantun balas beserta jawapannya.... Dalam banyak-banyak perkara yang sukar ini lah sesi paling lama kami duk mencari siapakah gerangan jejaka idaman yang sungguh pendiam dalam cara berpantun...... Beberapa kali mencuba, kami rasa macam nak mengalah tetapi tetap kuatkan semangat untuk meneruskan perjuangan kerana sudah sampai ke akhir sesi pencarian....... Apalagi..... berpantun...... cuba dan terus mencuba ....... sehinggalah kami Berjaya berjumpa dengan jejaka idaman Malaya rupanya..... Moralnya disini, kita patut kenal mengenal antara satu sama lain, walaupun kita tidak pernah atau biasa bergaul dengan seseorang itu....... Setelah hampir setengah jam kami asyik berpantun salah...... kami Berjaya akhirnya dan cuba menyelesaikan teka-teki yang diberikan...... Alhamdulillah, kami Berjaya mendapatkan apa yang telah ditanam mengikut bearing yang telah diberikan. Dalam aktiviti ini aku belajar erti bersabar dan apa-apa hal mestilah berkerjasama antara sesama kumpulan, bukannya membawa diri sendiri. Janganlah kita mengikut kata hati, tetapi perbincangan amat penting dalam kerja berkumpulan. Aku dapat kategorikan aktiviti ini sebagai satu aktiviti kerjasama kumpulan yang sangat efektif supaya kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan kumpulan kerja. Kerjasama membawa kejayaan yang besar dalam sesebuah atau satu kumpulan itu........

Pengalaman dan Pengajaran

Dalam program rekreasi luar semasa di Pulau Kapas, salah satu aktiviti yang membuatkan aku tersedar daripada beberapa perkara yang tidak pernah aku terfikir setelah lama aku bertugas sebagai anggota PDRM ialah aktiviti ikhtiar hidup. Aku dan tiga rakanku yang lain diberi hanya sebotol air mineral dan satu bekas kecil bekalan makanan yang hanya cukup untuk sekali makan sahaja. Aku dan kawan-kawan berbunyi juga pada awalnya, tetapi bila difikirkan semula apa yang mereka buat adalah untuk kami belajar erti hidup yang sebenar. Aku tak menyangka kami akan menjalankan aktiviti yang sebegini rupa. Bila tiba masanya, aku dan rakan-rakan di hantar ke satu tempat dimana kami diminta untuk membina khemah tempat berteduh daripada apapun yang bakal kami hadapi semasa berada di dalam hutan. Tiba sahaja di kawasan perkhemahan, kami mula membahagikan tugas masing-masing menyediakan apa yang sepatutnya kami ada sebelum malam menjelma. Kami membina khemah yang sederhana untuk kami berlindung daripada hujan dan panas dan benda asing atau binatang daripada atas pokok. Kami juga mengumpulkan kayu api dan menyalakan unggun api untuk persiapan malam hari . Kami mengumpul seberapa banyak kayu api yang kami mampu untuk bekalan sepanjang malam. Kami berehat beralaskan daun-daun lebar yang boleh menampung untuk kami tidur dan berehat selama kami berada dalam hutan itu. Kami berjimat cermat minum air, memasak pun gunakan air yang cukup-cukup je. Macam hari darurat le pulak. Kami rasa tertekan pada awal nya kerana bukan tidak cukup makanan tetapi sebab tidak cukup air nak minum. Kami menguatkan semangat dan bersatu hati bersama-sama memberi sokongan kepada rakan-rakan supaya bertahan dan akan mengharungi rintangan yang sedang kami lalui. Aku dan Ati bergilir-gilir dengan Mala dan hadi. Kami dapat merapatkan lagi silaturrahim antara kami kerana pada masa itu, kami berbual dari awal zaman persekolahan dan sehingga kami bekerjaya...... Masing-masing ada kenangan yang pahit dan manis dalam kehidupan. Ada yang terlalu sedih sehingga aku sendiri tidak dapat menahan air mataku daripada menitis..... Ada juga perkara yang melucukan membuat kami tergelak besar dalam hutan itu. Aku juga mempunyai pengalaman yang sangat sukar untuk kuluahkan pada mulanya.... tetapi kerana aku rasa tidak adil sekiranya aku tidak berkongsi cerita dengan rakan-rakan lain... Aku pun meluahkan isi perut kehidupan ku dari kecil hinggalah sekarang..... Kerjasama amat penting dalam aktiviti ikhtiar hidup. Ini adalah kerana kami akan mengharungi segala dugaan yang mendatang bersama-sama....... Tidak akan meninggalkan rakan-rakan pasukan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Aktiviti ini juga telah mengingatkan aku bahawa tidak selamanya kita akan hidup cukup makan dan pakai dalam dunia ini. Aku juga memahami erti persahabatan sebenar dalam aktiviti ini. Aku dapat mengenali rakan sepasukan ku dengan lebih rapat lagi. Belajar berjimat cermat dalam apa pun juga yang kita lakukan dalam kehidupan seharian jangan ada pembaziran........ Ingatlah orang-orang yang tidak cukup segalanya........

Rekreasi Luar

Dalam semester ini, aku belajar banyak perkara mengenai aktiviti rekreasi luar yang boleh kuaplikasikan kat luar. Pada awal semester aku membayangkan betapa sukarnya aktiviti-aktiviti yang bakal aku jalani untuk melengkapkan aktiviti yang wajib aku lakukan untuk mendapat marakah daripada 70% yang telah ditetapkan. Terpulang pada aku sendiri samada aku nak penuh kea tau sekadar melepas batuk ditanggan saja. Tetapi mengikut apa yang telah aku ketahui, dalam subjek ini aku akan dapat banyak pengalaman yang sangat berguna untuk diri di masa akan dating. Aku dapat mempelajari asas-asas rekreasi yang boleh aku digunakan di masa depan. Aku diprkenalkan dengan konsep asas rekreasi luar, antaranya ialah camping, mountain biking, memancing, berenang, rope course, abseiling / repalling. Aktiviti rekreasi luar boleh dilakukan dimana – mana pun juga antaraanya, hutan, taman, gunung dan bukit, sungai dan tasik, laut dan pulau, gua dan banyak lagi. Aku juga diberi maksud rekreasi luar mengikut pendapat cerdik pandai yang telah membuat kajian mengenai rekreasi luar. Kebayakan aktiviti rekreasi luar dilakukan adalah untuk pengalaman individu atau kumpulan bergantung kepada tujuan masing – masing dan interaksi antara satu dengan yang lain. Aktiviti rekreasi luar adalah perkara yang paling menyenangkan, dimana setiap individu bakal memperoleh pengalaman yang indah selepas melakukan aktiviti yang telah dirancang dan akan menjadi kenangan yang boleh dikongsikan bersama-sama dengan individu lain. Pelbagai jenis aktiviti yang boleh dilakukan oleh setiap individu, antaranya tracking aktiviti, social aktiviti, artistic aktiviti, survival replay dan banyak lagi. Dalam aktiviti rekreasi luar, kita dapat mengeratkan lagi hubungan di antara individu yang telah lama kenal mahupun yang baru dikenali. Dalam masa yang sama dapat mempelajari pelbagai teknik atau dapat belajar bagaimana hidup bekerjasama dengan orang lain dalam mencapai apa yang telah ditetapkan dalam sesuatu aktiviti yang dianjurkan. Apapun yang dilakukan, setiap individu bakal mendapat pengalaman yang bakal mereka simpan dalam kenangan yang abadi dan boleh dikongsikan bersama dengan rakan-rakan yang lain. Pengalaman yang sangat indah dan pengajaran yang telah diterima, maka dapat diaplikasikan untuk diri sendiri dalam kehidupan harian. Walauapapun yang dilakukan, ianya akan memberikan kesan yang sangat mendalam dan mekar dalam ingatan sampai bila-bila tak kira di mana juga kita berada dan akan menjadi panduan untuk aktiviti yang bakal kita jalankan di suatu masa nanti. Sekiranya diberi peluang untuk berkumpul dengan keluarga mahupun kawan-kawan, anjurkanlah satu aktiviti yang lebih memberikan kesan yang mendalam yang boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara sesame kita.......

Hari Flying Fox

24/10/2009 @ jam 0830 pagi.....Hari ini adalah hari yang dinanti-nantikan untuk semua pelajar PLK/PDRM dimana kami akan melakukan aktiviti Flying Fox. Aku telah membuat persediaan diri semasa diumumkan untuk melakukan aktiviti ini lagi. Aku dan rakan-rakan seawal pagi dah sampai di kawasan bukit belakang kolam renang UiTM Shah Alam. Aku dan rakan-rakan memanjat bukit yang boleh tahan juga tingginya..... semput juga nak sampai ke atas...... maklumlah jelah stamina dah kurang. Kami membuat persiapan awal , mengikat tali dari pokok atas ke seberang di bahagian bawah untuk mendarat. Disamping itu juga, tidak lupa untuk menyediakan peralatan untuk digunakan untuk setiap individu iaitu harness, helmet, sarung tangan, sling, dan carabiner. Semua peserta dikehendaki memakai peralatan untuk keselamatan sebelum menjalankan aktiviti. Setelah selesai memasang tali dan keselamatan terjamin, kami berkumpul untuk taklimat keselamatan supaya tdak ada yang tersilap semasa melakukan aktiviti nanti. Kami memulakan aktiviti dengan doa selamat yang diketuai oleh en Harun. Setelah itu, kami pun memulakan aktiviti dengan dimulakan oleh budak degree untuk buat demo. Setelah selamat kami pun memulakan seorang demi seorang untuk melakukan aktiviti. Aku memerhatikan rakan-rakan yang memulakan aktiviti flying fox, aku mula berdebar rasa takut pun ada... tetapi bila melihat rakan-rakan seperti seronok je bila telah selesai melakukan aktiviti tersebut, aku mula bersemangat dan rasa tak sabar untuk tiba ke giliranku. Bila tiba giliranku, aku dibantu oleh budak degree untuk memastikan keselamatan sebelum aku melakukannya.... Bila sudah dipastikan selamat, aku pun minta izin untuk turun daripada rakan di seberang yang sedang menunggu untuk membantu aku kat sana nanti. Bila mereka kata ok je, aku pun dengan perlahan-lahan mengatur langkah dan seterusnya berlepas ke seberang dengan menggunakan teknik `L` yang telah diajar oleh Cik Hisyam sebelum aktiviti dijalankan. Aku Berjaya melepasi halangan ini, Alhamdulillah selamat. Aku rasa seronok gila bila dapat melepasi ujian ini dan macam nak naik lagi pulak. Tetapi masa tidak mengizinkan aku kerana kami sudah lewat selepas ni ada kelas bersama Cik Ali. Setelah selesai, aku dan rakan-rakan menyusun semula peralatan yang telah digunakan dan memastikan semuanya telah cukup. Setelah itu, kami memasukkan ke dalam bekas untuk dibawa balik ke stor. Setelah selesai, kami ada taklimat sekali lagi bersama Cik Hisyam. Taklimat penutup untuk aktiviti Flying Fox pada hari ini. Setelah itu pun kami bersurai. Aku sangat seronok dengan aktiviti ini. Bila aku kenang kembali aku dapat merasakan betapa seronoknya sekiranya aku dapat melakukannya sekali lagi bersama – sama rakan-rakan semua..... Kepada yang belum mencuba, cubalah aktiviti flying fox pasti akan memberikan kepuasan yang tidak akan merugikan anda semua........

Sunday, October 25, 2009

Flying Fox

Selepas sesi low rope course, kami dimaklumkan bahawa ada satu aktiviti akhir yang akan kami lakukan iaitu `Flying Fox` yang akan dijalankan di kawasan yang sama 24/10/2000 @ jam 0830 pagi. Aku dan rakan-rakan mula membincangkan perkara yang perlu kami buat semasa aktiviti itu nanti. Apa yang kami sedia maklum, kami akan dibantu oleh budak-budak degree pada hari tersebut. Aku dan rakan-rakan mula membayangkan apa akan terjadi dan macamana keadaan kami apabila melakukan aktiviti itu nanti. Aku rasa gementar pun ada... bukan penakut, cuma tak pernah melakukan aktiviti Flying Fox sebelum ini. Aku pernah tengok tetapi macam best pulak... tak tahulah apa akan berlaku pada aku dan kawan-kawan. Selepas pengumuman aktiviti Flying Fox, aku mula ada perasaan tidak selesa dalam apa pun yang aku lakukan. Tidur pun tidak lena, asyik menghitung hari menanti hari yang ditetapkan tiba. Aku seperti rakan-rakan yang lain juga, tidak sabar untuk melepasi aktiviti yang boleh dikatakan mencabar juga pada kami selain daripada aktiviti - aktiviti yang telah kami lakukan sebelum ini. Aku tak sabar nak melepasi hari yang dinanti-nanti... Perasaan gementar dalam diri, pasti ada dalam setiap individu. walau gagah macamana sekalipun, perasaan hanya akan diselindung dengan sikap luaran yang ditunjukkan... Walhal, sama je dengan yang lain-lain, gementar kerana tidak pernah melakukan aktiviti sepanjang zaman bekerja. Aku hanya pernah melihat orang lain melakukan aktiviti ini melalui television , aku tak dapat membayangkan betapa orang-orang tu berani melakukan aktiviti tersebut. Walaumanapun aku akan melakukan aktiviti ini dengan penuh keyakinan.... masa nilah aku nak buat semua aktiviti yang menguji keberanian ku... Aku dapat melakukan aktiviti yang sesungguhnya aku sendiri tidak menyangka akan melakukannya... Aku berjaya melakukan semua aktiviti dengan berbekalkan ilmu dan meyakinkan diri dalam menempuh segala yang mendatang...... harus ketempuhi dengan penuh minat dan sabar....

Friday, October 23, 2009

Triangle Bandage

Aku belajar cara nak menggunakan bandage untuk kecederaan yang tertentu dalam keadaan yang juga tak menentu. Aku belajar menggunakan Triangular Bandage dan apa-apa jenis kain yang boleh digunakan sebagai alat bantuan kecemasan. Triangular bandage digunakan untuk menyokong atau membantu tangan yang patah cedera atau lain-lain kecederaan untuk mengurangkan kesakitan dan memudahkan dibawa ke hospital. Triangular bandage diikat dengan menggunakan ikatan jenis Reef Knot supaya mudah dibuka. Selain daripada mengggunakan yang dah sedia ada, kain lain pun boleh digunakan dan teknik pun sama tidak ada yang berubah. Aku dapat ilmu yang sangat berguna untuk dijadikan panduan di masa depan. Aku pula mungkin dapat memperturunkan ilmu ini kepada adik-adik atau kawan-kawanku yang lain kerana teknik ini berguna pada bila-bila masa yang kita tidak menyangka akan berlaku perkara yang tidak diingini. Segala teknik yang kupelajari di Pulau Kapas dan dalam sesi pembelajaran semasa kuliah Outdoor Recreation amatlah berguna untuk semua peringkat umur tak kira dimana juga kita berada. Penggunaan bandage dan tekniknya bukan sahaja berguna untuk pelajar-pelajar tetapi untuk semua peringkat lebih-lebih lagi kepada mereka yang bertugas di luar yang berisiko keselamatan atau boleh ditimpa kecederaan... Apa-apa pun keselamatan perlu dijaga dan pencegahan daripada berlaku pun mesti lah diambil juga......

Outdoor First Aid

Aku pernah belajar tentang kegunaan first aid di zaman persekolahan dan semasa di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. Kedua-dua cara pembelajaran adalah berbaza. Juga dalam semester ini aku belajar lagi First Aid, dimana aku diperkenalkan lebih detail mengenai kegunaan setiap ubat-ubatan dan peralatan yang ada. Setiap kegunaan adalah berkait dengan kecederaan mangsa. Aku dapat ilmu yang sangat berguna buat aku walau dimana aku berada dan dalam pelbagai keadaan yang sukar kita jangkakan. Dalam semester ini aku belajar tujuan First Aid sebenar. Antaranya adalah untuk mengelakkan kecederaan mangsa bertambah teruk, mengurangkan kesakitan, mencegah jangkitan kuman dan banyak lagi. FIRST AID mempunyai makna yang tersendiri(F-First, I-Informed to, R-Render(provide), S-Simple / Safe, T-Treatment to, A-Avoid, I-Immediate, D-Death / Danger). Setiap orang yang menjadi First Aider bertanggungjawab mengawal keadaan semasa rawatan kecemasan, memastikan pesakit yang perlu rawatan lanjut segera dibawa ke Hospital,dan banyak lagi tanggunjawab yang perlu ada. Sebelum apa-apa berlaku peralatan dan ubatan yang perlu atau wajib ada hendaklah lengkap dalam Kotak First Aid. Setiap ubatan hendaklah diketahui kegunaan nya terlebih dahulu sebelum diberikan kepada mangsa. Kita mesti tahu apa yang berlaku kepada mangsa dan keadaan sebenar mangsa untuk diberitahu kepada doktor apabila memerlukan rawatan lanjut. Banyak perkara yang aku pelajari dalam sesi First Aid ni. Aku pun ada membawa First Aid kit kat dalam kereta dan satu kotak kat rumah untuk persediaan awal sekiranya berlaku kecederaan... Barulah aku tahu sebenarnya First Aid penting ada bersama kita apabila kita melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan kecederaan dan sebagainya. Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan segalanya.....

Abseiling atau Rappelling

Apa yang pelajari di Pulau Kapas tidak berapa nak nampak sangat kerana kami tak pernah pun buat aktiviti tersebut. Tetapi apa yang aku pelajari kedua - dua perkataan ``Abseiling atau Rappelling`` adalah mempunyai maksud yang sama... Perbuatan yang sama dan menggunakan peralatan yang sama. Aku memang mudah takut dalam bab - bab yang melibatkan keselamatan yang aku tak berapa nak yakin..... Tapi bila aku telah mendalami dan diajar cara dan teknik sebenar, aku rasa macam tak berapa nak puas kerana aktiviti ini sangat seronok dan membuat aku release tension... Aku belajar cara menggunakan segala peralatan untuk aktiviti ini. Dalam masa yang sama aku dapat mempelajari perkara baru mengenai kegunaan peralatan yang ada dan keistimewaan nya yang tersendiri. Penjagaannya, aku ingat macam biasa je... lepas guna, masuk bag dah... Rupanya aku dan rakan-rakan kena berhati-hati dengan keselamatan peralatan tersebut.... harganya dah le boleh tahan, cara penyimpanan pun boleh tahan juga. Walau apapun aku dapat pelajaran baru..... cara penjagaan yang betul dan langkah-langkah keselamatan semasa memegang atau menggunakan peralatan tersebut. Aku tak sangka setiap peralatan tersebut mempunyai nilai yang sangat berharga yang tidak pernah aku terfikir sebelum ini. Setelah aku melakukan aktiviti ini, baru aku sedar betapa pentingnya keselamatan peralatan abseiling sebelum kita melakukannya....Peralatan selamat barulah terjamin keselamatan kita melakukan aktiviti.... Seronok giler.... Sebelum ni tengok Pasukan Unit Tindak Cepat dan Smart Team je yang buat, sekarang aku pun dah buat..... Best....!!!!!!

Rindu Nak Berkayak

Selepas kami balik daripada Pulau Kapas, tak pernah lagi kami berkayak beramai-ramai. Rindu rasa nak buat aktiviti macam sebelumnya. Tapi aku tahu semua itu hanya jadi kenangan manis untuk aku dan rakan-rakan kerana kami tak akan ada masa untuk bersama - sama melakukan aktiviti ini di luar. Aku rasa rindu sangat nak berkayak, maklumlah bila dah pernah berkayak, bila tengok je orang menjalankan aktiviti kayak rasa nak ikut pulak. Bila berkayak aku merasa keseronokan yang amat, dimana aku dapat belajar erti kerjasama dalam pasukan, aku dapat melihat keindahan alam sekitar dan aku dapat manfaat yang terlalu bernilai yang mana aku tak dapat menilainya dengan harta benda... Aku tak pernah merasakan keindahan berkayak membuatkan aku terlalu teruja apabila melakukan aktiviti tersebut. Walaupun semasa di Pulau Kapas, aku terasa penat tetapi bila timbul rasa seronok dan minat aku tak pernah teringat pun perkara lain.. cuma yang aku fikirkan aku nak menjalani aktiviti kayak dengan yang terbaik. Dimana aku akan jadikan kenangan yang terindah yang tak mungkin akan kulupakan sampai bila-bila... Aku rasa tak puas je berkayak di Pulau Kapas.... Agaknya minat dah ada semangat berkayak tu lain le pulak...hehehe!!!!! Aku berharap aku akan dapat menjalani aktiviti berkayak bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain di masa depan... Insyaallah.......kalau berkesempatan dan umur panjang......

Hutan oh Hutan

Sehingga ke hari ini, aku masih teringat kat hutan di Pulau Kapas. Aku rasa banyak kenangan manis dan pahit yang aku tak akan lupakan sampai bila-bila. Aku tak pernah terfikir bahawa kami akan di letakkan di dalam hutan dengan bekalan yang tak berapa nak cukup dan kelengkapan yang ada tak berapa nak ada. Aku teringat bila aku dan kawan-kawan terpaksa membina mahligai tempat berteduh menggunakan tikar dan tali akar kayu yang ada dalam hutan. Beralaskan dedaunan yang bersaiz lebar bolehlah menampung kami duduk, tidur dan berehat.... Selama dalam hutan, banyak perkara yang terfikir dan teringat kerana keadaan aku dan rakan-rakan yang sangat daif pada masa tu. Fuh!!!! Aku tak sangka dengan adanya kerjasama antara satu sama lain dan semangat kumpulan dapat menambahkan lagi keyakinan dan kekuatan diri untuk terus bertahan dalam apa keadaan sekalipun. Walaupun terpaksa berlapar dan dahaga yang teramat sangat. Aku dan rakan- rakan berbual dan meluahkan perasaan masing-masing. bercerita tentang masa silam yang tak pernah ku terfikir akan menjadi perbualan kami dalam hutan tersebut. Apapun aku rasa bila kami berbual sedemikian adalah cara yang boleh merapatkan lagi hubungan kami satu kumpulan. Dimana boleh menambahkan lagi semangat sepasukan yang sudah sedia ada. Sanggup mengharungi apa jua yang berlaku.... Bersama menghadapi segala rintangan atau halangan dengan penuh tabah dan sentiasa memberi semangat antara satu sama lain. Walaupun berbeza negeri dan adt kami boleh bersatu bersama menempuh apa yang mendatang...

Budak Belajar Tenggelam

Pada awal pembelajaran Outdoor Recreation aku dan kawan-kawan telah menjalani latihan water confident di Kolam Renang UiTM Shah Alam. Ramai di kalangan kami sudah lama tidak berenang, lama tak jumpa kolam renang dan ada juga yang tak pandai berenang. Dalam masa yang sama ada juga yang fobia jumpa air.... hehehe!!!! Pantang jumpa... mesti nak terjun..... Walaupun suatu ketika dulu aku pernah dan tahu teknik berenang, tetapi aku dah lama tak jumpa kolam renang dan apatah lagi nak berenang.... jauh sekali... Bila ada je aktiviti ni aku jadi rasa takut pun ada, risau pun ada.... maklumlah takut tenggelam dalam kolam tu tak timbul-timbul... aku dan rakan - rakan dibekalkan pakaian keselamatan yang dikenali sebagai PFD (Personal Flotation Device) yang bakal membantu kami untuk terapung dalam air kolam. Aku pada awalnya tak guna PFD, tetapi bila takde rasa keyakinan diri... aku pun menggunakannya..... aku pun rasa confident bila mengunakan PFD walaupun aku rasa malu kerana pada masa yang sama ada beberapa orang budak-budak kecil yang belajar berenang dalam kolam tersebut. Tapi apa aku nak kisah ..... dia bukannya tau pun aku tak pandai berenang... Aku belajar teknik pernafasan dalam air dan cara untuk berenang.... Aku dan rakan-rakan beratur di tebing kolam renang dan memulakan aktiviti.. Aku juga cuba untuk meyakinkan diri untuk berenang tanpa bantuan PFD, tetapi aku gagal pada hari itu untuk menimbulkan keyakinanku.... Tapi aku nekad mesti berani untuk latihan yang seterusnya kelak.. Aku juga diajar cara nak menyelamatkan rakan yang lemas atau hanyut menggunakan tali dan teknik balingan ke arah mangsa. Hari ini aku telah belajar beberapa perkara yang dah lama aku tinggalkan semenjak alam latihan sebelum bekerja sebagai anggota PDRM.... Aku bersyukur kerana aku dapat belajar semula dan sedar kepentingan keyakinan diri dalam apa juga yang kita lakukan mesti ada untuk kejayaan yang lebih cemerlang....

Thursday, October 22, 2009

Low Rope Course

Pada 10 Oktober 2009, pada hari yang sama semasa ujian tali..... Aku dan rakan-rakan kemudiannya membuat halangan menggunakan tali dan teknik ikatan sebenar. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan, dan digabungkan dengan budak-budak PJJ...... Aku dan kumpulan ku telah membuat ikatan `Backward Tension Traverse`, `Postman Walk`, `Criss Cross` dan kami telah bersama-sama untuk membina ikatan tali untuk mendapat ikatan yang kuat dan kukuh atau selamat untuk digunakan semasa aktiviti tersebut. Dalam aktiviti ini aku dapat melihat semua peserta membuat kerja masing-masing dengan tekun dan saling bekerjasama antara satu dengan yang lain..... Tak lupa juga ada yang memberi pendapat masing-masing mengenai teknik ikatan pada pokok yang mudah dan sesuai untuk digunakan semasa aktiviti..... Aku bersama dengan rakan-rakan yang lain berusaha menyudahkan tugasan kami dalam jangka masa yang singkat dan aku dapat melihat persefahaman antara kami dapat digambarkan sebagai satu ikatan keluarga yang mana masing-masing mempunyai tanggungjawab ke atas setiap individu.... Membantu mereka yang memerlukan bantuan dan ada semangat sepasukan yang tak mudah luntur. Walaupun lebih ramai wanita daripada lelaki, tetapi kami wanita-wanita yang ada mencuba sedaya upaya kami menggunakan tenaga yang ada untuk membantu mengikat tali pada pokok yang ada.... Alhamdulillah... Semua berjalan dengan lancar... Bila semua telah dipastikan siap dan selamat digunakan, dengan itu Pensayarah pun memaklumkan bahawa kami semua akan mencuba semua halangan yang ada.... tetapi, semua kena dilepasi tanpa ada kaki yang jejak ke bumi setiap individu yang memulakan aktiviti.... Bukan untuk satu pasukan je... malahan untuk semua pasukan yang ada.... Kami semua menunjukkan kerjasama yang sangat baik kerana masing-masing menjaga keselamatan dan cuba menjayakan aktiviti tanpa perlu diulang untuk kali kedua..... Apapun, kesusahan dilalui dengan sabar dan tenang oleh setiap peserta walaupun amat sukar dengan kekurangan ketahanan fizikal...... Tetapi kekuatan mental masih kuat..... Kerjasama penting dalam apapun yang kita lakukan..... janganlah bersendiri.... Apa yang penting.... kerjasama....!!!!!

Ujian Teknik Ikatan Tali

10 Oktober 2009 @ 0900 pagi.... Hari ini aku akan menjalani aktiviti Low Rope Course... dimana aku dan rakan-rakan akan membuat halangan menggunakan tali. Aku dan rakan-rakan akan membuat ikatan pada pokok dan membuat 4 halangan yang berbeza... Pada hari itu, hujan turun dengan lebatnya pada sebelah pagi dan aktiviti kami yang pertama adalah ujian ikatan dimana kami dibahagikan kumpulan untuk menjalani ujian tersebut. Saya termasuk dalam peserta ujian dalam kumpulan yang pertama.... Debaran mula terasa...sebelum ujian aku dan rakan-rakan sempat membuat latihan terakhir.... Aku bersama-sama 5 rakanku yang lain akan merasai ujian yang pertama...... Masanya telah tiba, aku rasa debaran semakin kuat.... apatah lagi bila masing-masing jadi gelabah semacam je.... Nasib baik tak takut sangat.... adalah sikit - sikit gementar je..... Sebelum ujian, kami ditaklimatkan bagaimana cara untuk ujian tersebut dibuat... setelah faham semuanya, kami pun menjalani ujian ikatan satu persatu mengikut kategori dan markah setiap ikatan... Diperiksa pulak kekemasan dan cara ikatan tersebut. Ada yang dapat markah penuh, ada yang suku... dan ada juga yang dapat setengah markah setiap ikatan yang disebutkan.... Tanganku mula bergetar kerana terlalu gementar agaknya... nak cepat takut tak cukup masa untuk mengikat tali tersebut. Aku rasa macam tak cukup tangan, bila sebut je jenis ikatan tali... aku jadi kelam kabut macam tak cukup tanah rasanya.... Alamak.... aku jadi hilang tumpuan bila terlalu ikutkan perasaan gementar ku.... Apalagi aku terasa macam kena renjatan sekejap... sejuk tangan ku macam dalam peti ice pulak.... apabila tiba ikatan bonus yang terakhir dan selesai.... aku rasa baru dapat udara panas dalam diriku.... lega rasa dah selesai seksaan ujian ikatan tali.... Aku rasa keadaan biasa dan dalam ujian adalah suasana yang sangat berbeza dan menjadikan seseorang itu ada yang jadi lupa dan panik.... seterusnya tersalah pilih teknik ikatan......hehehehe!!!!!!

Ikatan Oh Ikatan...

Aku tak pernah tahu pun jenis-jenis ikatan yang pernah aku gunakan dalam kehidupan harianku.. Aku mula belajar jenis-jenis dan teknik-teknik ikatan dalam semester ini dalam ``Outdoor Recreation``. Aku mula diperkenalkan dengan beberapa ikatan yang aku tak pernah dengar tapi aku pernah gunakan. Antara ikatan yang aku perlu tahu ialah ikatan buku sila(Reef knot), tindih kasih(Bowline), Ikatan Nelayan(Fisherman`s knot-single,double), angka `8`(Figure of Eight),Double Figure Of Eight-single Loop,double Loop, ikatan Manok(Clove Hitch) dan banyak lagi... Itu antara yang terpenting yang perlu aku ketahui teknik dan jenis-jenisnya. Aku dapat tahu kami akan ada ujian cara ikatan tali semasa aktiviti Low Rope Course nanti. Aku dan rakan-rakan selalu diingatkan supaya sentiasa membuat latihan ikatan supaya bila tiba masanya memudahkan segala tugasan untuk rope course..... Aku dan rakan-rakan memahirkan diri dengan segala ikatan yang ada.... Tetapi maklumlah, bila tinggal je tak latih diri... mula le lupa.... bukan lupa je...jadi keliru dan macam-macam masalah timbul.... Bila ulangkaji bersama kawan-kawan, apa yang dibuat semua menjadi... Aku terfikir apa akan jadi pada hari ujian nanti. Adakah aku akan berjaya untuk menempuhinya dengan baik. Tak sabar menanti hari yang bersejarah itu.... Aku bersama-sama kekawan semua sentiasa membuat latihan ikatan bersama-sama setiap kali ada perjumpaan pada hujung minggu. Itu pun kalau tak sibuk dengan aktiviti lain semasa kuliah hujung minggu di UiTM Shah Alam...... Berdebar-debar menanti ujian yang mendatang..

Aktiviti Orienteering

30 Sept.2009 @ 0900 pagi... Seawal pagi aku dah bangun dan bersiap untuk aktiviti Orienteering..... Hujan turun dengan lebatnya, menyukarkan aku untuk sampai pada masa yang telah ditetapkan... Tetapi alhamdulillah aku berjaya juga akhirnya sampai di Bukit Cerakah tepat pada waktunya... tetapi hujan masih lagi tak berhenti... aku dan beberapa orang kawan dan budak - budak degree buat persiapan untuk aktiviti kami pada hari ini... Aku menunggu masa untuk bersama kawan-kawan lain pergi berkumpul di pondok berhampiran dengan kawasan penanaman padi di Bukit Cerakah.... Taklimat penggunaan peralatan dan juga sekali lagi kami belajar menggunakan kompas dan peta. Kami juga diingatkan sekali lagi oleh Pensyarah supaya jangan tersilap kod semasa tiba di kawasan check point setiap tempat. Aku orang kelima yang dilepaskan untuk aktiviti Orienteering... Setelah aku mencatat setiap kawasan yang telah ditetapkan, aku pun bergerak di check point yang pertama di kawasan tempat letak basikal... berpandukan peta dan kompas aku telah mengutarakan peta terlebih dahulu dan untuk mengetahui arah pertama yang akan aku lalui. Aku dapat arah je, terus bergerak dan aku berjaya ke check point yang pertama dan seterusnya aku terus ke CP yang ke 2, Surau.. Mujurlah aku dapat tahu juga kat mana letak surau kawasan tersebut.... Mudah juga le kerja aku pada hari tu... Selepas itu, aku pergi ke kawasan CP3 di Taman haiwan.... fuh!!!! aku rasa macam mendaki gunung plak.... penat tu...!!!!! Dah lama tak buat aktiviti, stamina pun kurang le... Aku tiba di Taman Haiwan dan adalah seekor burung Kakak Tua tu.... Asyik bercakap je.... Aku dan Ati tak layan pun sehingga kami jumpa flag CP3, dia kata kami bodoh le plak.... Saya rasa coz kami tak layan dia kot..... Dahle kami penat nak melayan dia plak.... Takde masa nak buat semua tu... Perjalanan diteruskan dan aku tiba di kawasan CP4 Kolam Renang.... Kemudian kami berpandukan peta memudahkan kami tiba di setiap CP dengan jayanya. Tiba di CP5, aku meneruskan perjalanan ke CP6 .... Aku meneruskan perjalanan dan fuh!!!! macam bawa batu le pulak kaki.... Ku kuatkan semangat dan fikirkan benda yang indah bakal kuperolehi.. aku meneruskan perjalananku..... macam tak jumpa je CP6.......Tapi aku jumpa Cik Fauzi, Mala dan Kak kamisah sepanjang perjalanan menuju ke kawasan yang sama.... Akhirnya aku berjaya tiba di kawasan CP6.. Kat CP6 ada dua flag, tapi berbeza kod... aku tengok peta dan arahan semula untuk memastikan kod yang betul baru aku punched pada Control Card aku. Selepas itu aku meneruskan ke CP7 yang mana aku kena pergi ke jalan mula aku masuk ke CP6... Terasa penat yang tak terkira.... kalau boleh dalam masa yang sama aku nak berguling-guling je turun bukit.... nak cepat sampai le katakan..... Akhirnya aku sampai di CP7, aku kena memanjat Pondok Tinggi pulak... Juga ada 2 flag yang berbeza kod yang bakal mengelirukan kami semua.... aku check semula kod dan baru punched. Kemudian aku pergi CP8 Rumah Bermusim..... Macam nak masuk je kat dalam tetapi, takut sesat pulak nak cari jalan balik...... Aku terus menghala ke CP9.... dan CP yang terakhir Rumah Perak CP10..... Fuh lega rasanya aku telah selesai dengan tugasanku.... Aku pergi ke CP asal dimana acara dimulakan..... Alhamdulillah, aku dapat menyudahkan tugasanku dengan berbekalkan ilmu yang telah kupelajari.....

Sesi Orienteering

Hari ini 12 Sept. 2009 jam 0830hrs, kami mengadakan sesi pembelajaran di Maktab PDRM Cheras. Kami belajar bab orienteering..... Hari ini sekali lagi aku belajar menggunakan kompas bersama peta untuk mencari kawasan. Aku dan kawan - kawan pernah belajar semasa di Pulau Kapas, sebelum aktiviti meredah hutan kat Pulau.... Hari ini sekali lagi kami diajar cara nak baca kompas, segala isi perutnya perlu...mesti tahu.... Aku belajar teknik dan cara asas untuk navigation menggunakan peta dan kompas. Dalam masa yang sama aku dapat menguji kekuatan fizikal... maklumlah dah lama aku tak buat aktiviti yang melibatkan pergerakan yang pantas.....Umur pun dah meningkat ke tahap yang ........ hehehe!!!!! Aku juga belajar beberapa teknik yang standard digunakan semasa pertandingan. Pelbagai jenis acara Orienteering yang aku pelajari iaitu; (i)Line /Sting Orienteering,(ii)Cross Country, (iii)Score Orienteering,(iv)Relay Orienteering,(v)Street Orienteering,(vi)Trail Orienteering dan (vii)Mountain Orienteering. Setiap satu acara mempunyai peraturan dan teknik tersendiri. Menarik bila belajar tapi berdebar juga apabila kami kena buat aktiviti ni sorang-sorang nanti di Bukit Cerakah.... Tidak ketinggalan juga aku diberi pendedahan kepada peralatan-peralatan Orienteering yang perlu ada pada setiap acara Orienteering.Antara peralatannya ialah;(i)Orienteering Map, (ii)Orienteering Compas,(iii)Control Flag/Marker,(iv)Punches,(v)Control Card,(vi)Control Discription,(vii)Whistle and (viii)Red Pen. Semua peralatan mempunyai kepentingan dan kegunaan yang tersendiri... Saya juga didedahkan kepada langkah-langkah keselamatan semasa acara orienteering daripada garisan permulaan hingga ke garisan penamat.... Sekiranya ada yang tak balik-balik ke tempat asal semasa aktiviti dalam masa yang telah ditetapkan, maka adalah penyelamat-penyelamat yang akan menyelamat dan memandu arah pulang..... Selesai satu bab..... Selepas kelas kami ada percubaan di kawasan sekitar Maktab PDRM menggunakan teknik - teknik yang telah diajar...... Tarikh telah ditetapkan pada 30 Sept. 2009 Jam 0900 pagi di Bukit Cerakah, kami akan menjalankan aktiviti Orienteering.... Sorang-sorang.....Takutnya....

Wednesday, October 21, 2009

Timbul kembali

Kesibukan tugas harian telah membuatkan saya tidak berkesempatan untuk mengupdate blog saya.. Tapi Hari ini saya berkelapangan bolehlah saya menyambung cerita sepanjang aktiviti yang saya telah lakukan bersama-sama dengan kawan-kawan seperjuangan saya.... hehehhe!!!!!!!